Dari Sunway Pyramid tu, kita menuju ke USJ pulak. Tak jauh sangat pun. Jadi bila nak makan kuetiau....kita singgah la sini. Tempat makan ni sederet dengan kedai Chef Ammar tu cumanya tempat makan ni paling hujung.
Ni lah harganya....tempat makan ni sebenarnya tempat yang hubby selalu makan masa menyewa bujang kat USJ dulu-dulu ni. Maknanya kedai makan ni pun masih wujud lagi.
Semua kami order kuetiau kerang kering. Diletakkan di dalam pinggan bujur ni. Susah la makan berbanding pinggan bulat. 😅. Ada juga cili jeruk diberikan sekali.
Besar tapak tangan je pinggan ni. Jangan ingat tak cukup ya. Kenyang je kami sekeluarga.
Radi Corner :
No 2, Jalan USJ 4/1, USJ 4
47600 Subang Jaya,
Selangor.
Berdekatan dengan Klinik Anda, Restoran Chef Ammar & SMK USJ 4.
XOXO,
Ezna




Wah, kalau dah lebih 20 tahun kedai ni, maknanya CKT dia mesti sedap dan laris sebab tu kedai boleh bertahan 👍🏻
BalasPadamKuetiau dengan cili jeruk memang ngam sangat. Kenyang je tu walaupun nampak kecik je pinggannya kan.
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamSelamat mengkuew tiaw selera.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.