Rabu, Mei 14

Terkejut sampai.....

Pernah saya buat post pasal saya Kendurian di Tiny House di Tapah link
Nak dijadikan cerita baru-baru ini ada kematian mengejut kariah surau kami. Beliau memakai baju warna jingga kanan (duduk). Sebelum ni memang tak berapa sihat tapi duduk di rumah la. Tuan tiny house ex Pengerusi surau kami duduk paling kiri ada melawat Hj Darus kat rumah. Beliau sangat la ceria. Memang berpewatakan ceria dan sering menjadi emcee untuk majlis kerana beliau pandai berkomunikasi. Dulunya beliau pernah menjadi Setiausaha Politik (Setpol) kepada seorang ahli politik. 

Rombongan Kendurian ni Haji Darus yang anjurkan siap program tentatif lagi. 


Isteri Haji Darus paling kanan. Moga Kak Saodah tabah dan kehidupan selepas ini baik-baik ajer. 


Disebabkan mantan Tuan Pengerusi surau yang belah kanan sekali ada berjumpa dengan Hj Darus sehari sebelum dan berborak macam biasa dan ditakdirkan esoknya meninggal....terkejut sampai dimasukkan ke hospital. Beliau pula sakit sekarang ni sebab terkejut. 


Jika ada penyakit jantung ni kena berhati-hati juga jika mendengar berita yang mengejutkan. Sampai masuk hospital bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Moga ex Pengerusi Surau sihat seperti sediakala. 

Kehilangan Haji Darus amat dirasai kerana beliau ceria dan selalu menjadi emcee majlis untuk surau dan kejiranan. Tak hairanlah ramai yang merasai kehilangannya. Sesekali beliau melaungkan azan di surau. Ketika solat jenazahnya....hubby kata ramai yang datang solatkan. 

Sehari selepas Haji Darus meninggal, Tuan Haji Ramli pula menyusul. Hubby kata ada menghulurkan makanan kepada Tuan Haji Ramli masa ada program di surau. Keesokannya beliau meninggal. 

Moga pengakhiran kita mendapat redhaNYA. 





XOXO,
Ezna


 

15 ulasan:

  1. Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya mereka yang pergi, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  2. betul tu, orang yang menyampai kan berita yang terkejut ni kena hati hati...lagi lagi kepada orang yang ada sakit jantung...sangat berisiko tinggi.

    BalasPadam
  3. Allahuakbar, kita yg baca dan tak ada kena mengena ni pun rasa sedikit terkejut dan berdebar.

    BalasPadam
  4. Salam takziah buat Haji Darus dan Haji Ramli...
    Semoga yang sakit sembuh seperti sediakala..Aamiin...

    BalasPadam
  5. al- fatihah untuk kedua dua arwah Haji Darus dan Tuan Haji Ramli...
    semoga ex Pengerusi surau diberi kesembuhan..Aamin

    BalasPadam
  6. selang sehari je ye perginya mereka. Insyaallah semoga pengakhiran kita nanti baik-baik juga

    BalasPadam
  7. Salam takziah
    Al fatihah
    Bila sampai masa yg dijanjikan makan takkan lewat walau seminit
    Allahuakbar

    BalasPadam
  8. Salam Takziah...
    Kita selalu di ingatkan tentang kematian kerana kematian itu adalah pasti..
    semoga arwah² ni di tempatkan bersama-sama orang yang beriman..Al fatihah

    BalasPadam
  9. Berturut² pula ye. Takziah utk keluarga mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya 🤲🏻

    Semoga Tn Pengerusi Surau juga kembali sihat.

    BalasPadam
  10. innalillah wainna ilaihi rajiun.. al fatihah buat kedua arwah..moga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin

    BalasPadam
  11. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
    Betul sakit jantung ni kena aware lebih ... Tak tahu bila akan timbul masalah.. semoga kita semua diberi kesihatan yg baij amin..

    BalasPadam
  12. Allahu... mengejut² kematian mereka.
    Semoga ex Pengerusi Surau cepat sembuh. Terkejut sampai sakit pula.

    BalasPadam
  13. Allahuakbar salam takziah.. pemergian mengejut mmg sukar utk diterima :(

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ke Kuala Kubu ke kita?

Singgah solat pulak di Masjid di Kuala Kubu Bharu. Besar masjidnya.  Settle solat, depan masjid ni ada Cendol Pak Samat. Cuaca pulak masa ni...