Isnin, Mei 26

Kereta terbalik?

Pagi 23 Mei 2025, kebetulan Dania punya group nak harvest bayam kemudian hubby cakap mesti ummi nak tengok tu. Hehe macam tau je ya....😅

Pagi tu memang masuk UPM untuk breakfast sebelum ke ladang. Ni perspektif kereta saya ni Dania yang tangkap gambar. Patutlah jam nak ikut jalan ni rupanya....haaa ada kereta terbalik. 


Polis Bantuan UPM jaga lalu lintas. Dah tentu saya panik nak bawa laju sikit mestilah slow kan kot la terlanggar serpihan yang bertabur kat jalan kan. Dah la saya sejenis bawak slow, kali ni lagi slow macam 🐌 saya bawak kereta. 


Sampai terbalik ni bawa kereta laju ke atau macam mana pun tak dapat dipastikan. 


Ni dari phone hubby pulak. Amboiii nak jadi reporter ke? 


Ni pagi ni. Selalunya kereta banyak dan mana mungkin boleh bawa laju kan?. Kot terlambat nak pergi kelas ke apa ke.....tak dapat dipastikan. Yang nyata kereta dah terbalik. 

Nak ke ladang kena hadap lagi laluan ni. Cerita harvest kemudian saya update. Moga kita semua dijauhkan dari benda-benda yang negatif. Jalan yang tenang pun kadang-kadang malang tak berbau. Kalau ada camera dipasang dalam kereta bagus juga kalau nak claim insurance nanti. 





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Allahuakbar...semoga mangsa takde kecederaan yang serius...risau betul tengok benda2 gini...

    BalasPadam
  2. betul tu zaman skrg ni dashcam dah jadi 1 keperluan especially kalo jadi eksiden etc senang blh jadi bukti..

    BalasPadam
  3. Allahu.. dalam kawasan kampus ke tu.
    Harap kedua-dua pemandu tiada kecederaan serius. Ngeri juga sampai boleh terbalik tu.

    BalasPadam
  4. Sampai terbalik memang laju la agaknya kan. Semoga yang baik2 jela buat mangsa terlibat.

    BalasPadam
  5. Semoga yang baik² saja utk pemandu/pemilik kereta tu...

    BalasPadam
  6. Semoga tak ada korban jiwa ya kak ... Seram juga sampai terbalik

    BalasPadam
  7. Scary tgk kereta tu...nauzubillah

    BalasPadam
  8. Allahuakbar..sekarang ni byk betul accident. risau sgt

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tibalah masanya menuai bayam

Pegawai Pertanian di Ladang ni dah bagitau group Dania dah boleh menuai bayam dah. Jadinya lepas makan dan lalu sebelah kereta terbalik tu, ...