Ahad, Mei 18

MRSM KKB dan perjalanan balik

Setelah pekena cendol dan makan keropok lekor dan pisang goreng, kami menuju ke MRSM Kuala Kubu Baru. Dah alang-alang kat sini. Nak mengimbau yang Dania pernah interview MRSM kat sini. MRSM yang Dania dapat penempatan di MRSM Serting.

MRSM KKB ni mengadap taman kat depan dan ada bukit di belakang tempat orang paragliding. Paragliding nanti mendarat di taman depan MRSM KKB.


Ternampak mercu tanda Taman Tasik Milenium. 


Pejabat paragliding. Ternampak ada Mat Salleh juga. Mungkin penerjun paragliding. 


Ini pula jalan dalam on the way balik. Kami tak ikut PLUS Highway. 


Ni dekat-dekat dah nak tiba rumah. Lalu jalan Seri Kembangan. Jam sikit sebab penganut agama hindu ada perarakan kereta berhias. Ada saya perhatikan ada diantara mereka yang tidak memakai kasut. Dulu masa saya kerja kat Port Klang memang kerap juga ada perarakan kereta berhias kat Port Klang tu yang akhirnya menyebabkan kesesakan dari office saya di Kontena Nasional Port Klang tu yang berdekatan dengan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan. 


Tak sure sampai mana mereka akan berarak. 


Itulah ceritanya....selepas ini tibalah kami ke rumah dengan selamatnya....nak pergi beli roti kat Kilang Roti Mokhtar. 





XOXO,
Ezna
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

MRSM KKB dan perjalanan balik

Setelah pekena cendol dan makan keropok lekor dan pisang goreng, kami menuju ke MRSM Kuala Kubu Baru. Dah alang-alang kat sini. Nak mengimba...