Gambar yang dapat ni anda nilaikan sendiri. Tadi masa Dania dan kawan-kawan menuai bayam untuk kali kedua, saya tak ikut kali ni. Menunggu Dania update gambar bayam sebab ada permintaan juga kawan satu office hubby request nak membeli bayam. Sekali.....gambar ni yang saya dapat. Haishhh mula-mula tak perasan apa....
Actually, kat sini pun boleh nampak entiti tersebut. Hint : Di bawah lampu jalan pertama.
Dia zoom pula entiti tersebut. Katanya pelajar ni jogging area sini malam-malam. Kena berhati-hati juga kawasan sini sebab saya dan hubby pernah masuk malam-malam area sini kemudian babi hutan berlari membabi buta depan kereta. Nasib baik tak terlanggar je. Tau je la babi hutan ni kan besar. Mau kemek juga kereta kan.
Kawasan ni memang berdekatan dengan Kolej S******* dan laluan ni kalau siang-siang shortcut dari kolej S******* ke main campus. Kalau jam 7 malam laluan ni ditutup. Saya pun selalu lalu untuk ke kelas Bahasa Korea Dania kalau tak nak ikut pintu utama.
Blur sikit gambarnya sebab pelajar ni zoom je dari arah yang jauh sikit. Berani ke nak gi dekat?. Di hujung jalan ada tanah perkuburan cina. Nasib baik ditanam pokok yang tinggi. Kalau tak, nampak je tepi jalan.
Ni gambar fresh ambik selepas Dania harvest. Bila ummi kata nak ke sini.....Dania kata ummi ni....😅. Boleh nampak batu TNB tu dan tiang lampu kat tengah tu. Haaa kalau ikutkan gambar atas kat situlah tempatnya. Siang ok tapi kalau malam-malam tak berani ummi. Even pernah lalu petang Rabu baru ni sebab kelas Dania habis jam 7 malam. Memang sunyi tak ramai yang lalu tapi ada je kereta atau bas UPM.
Ini pula salah satu gambar yang Dania dapat juga. Nampak la kepala pelajar kat situ. Macam mana la boleh terzoom kat pintu belakang tu?. Errr tempat ni kadang saya singgah minum jugak sementara nak tunggu Dania.
Mula-mula memang tak nampak tapi bila Dania suruh ummi terangkan sikit 'brightness' phone barulah nampak.
Benda-benda macam ni memang ada. Cumanya harap2 saya tak berjumpa la. Kalau rasa tu memang pernah kat 3 hotel di Malaysia ni.
You alls ada pengalaman ke?.
XOXO,
Ezna
Seram saya tgk...meremang bulu roma..
BalasPadamAkak terkejut bila Dania forward tadi....tunggu gambar lain, gambar lain yang muncul.
PadamGambar yg kedua tu, linda tak nampak pula apa dia...
BalasPadamYang pertama tu, dekat hospital pun ada, tapi tak pernah la nampak,kawan sekerja je bagitahu ada nampak...
Kalau setakat bunyi2 tu, pernah juga lah kena... Jgn nampak sudahlah... Takot lah pengsan kat situ je...
Kalau bunyi pun boleh seram inikan pula terus nampak ya Linda....kalau boleh tak nak jumpa. Yang Linda tak leh nampak di sebalik pintu tu entiti yang sama cuma kena terangkan sikit phone baru nampak dia belakang pintu tu.
PadamAllahuakbar..Takutnya tgk...Kena cari sesiapa yg pandai utk halau benda tu dr trus muncul...
BalasPadamDania walaupun tak duduk kolej sini, selalu la akak lalu area sini. Memang kanan kiri hutan tapi berdekatan dengan kolej. Berani pulak jogging malam-malam....sunyi ohhhh takde orang lalu situ sebab pintu utamanya tutup.
Padamalamakkkk jelas jugak entiti gula-gula putih tu! adehhhhh Ana pun mohon dijauhkanlah drpd penampakan entiti camtu
BalasPadamItulah pasal terkejut dapat whatsapp ni. Moga kita dijauhkan dari melihat benda2 macam ni.
PadamMasa SA bangun dari koma dulu hijab terbuka so selalu la nampak benda2 tak sepatutnya, kalau boleh x nak dah tengok tapi kalau pi mana- mana tempat yang jarang pi tu kalau meremang je bulu roma memang tau la benda tu ada
BalasPadamSeramnya part SA boleh nampak tu SA.....
Padamuiks seram malam2 tu bila nmpk
BalasPadamYa Amy......seram....
PadamAlamak KaK Ezna..terus saya scroll laju-laju gambar yang bawah tu hahaha..seram nak tengok
BalasPadamSeram sebab akak pun tak nampak bila tinggikan brightness tudiaaa ternampak pulak.
Padamseram la ezz...i ni jenis penakut tp suka baca kisah2 mistik hahhaha
BalasPadamI pun seram tapi tadi ngada-ngada pergi lokasi....
PadamDah la saya tengok ni, malam². Seram.. 🙈 saya tiada pengalaman tengok. Kalau boleh, minta jauh la. Huhu..
BalasPadamMoga dijauhkan dari nampak benda2 ni....
PadamALAMAK gula gula mana pulak muncul tu....
BalasPadamDigula-gulakan kita tu. Harap2 tak jumpa la yang ni...
Padam