Paginya Dania ada test Animal Biochemistry. Siap-siap la pakai baju kurung Kedah sebab selalunya Dania akan pakai baju berseluar. Kalau ada presentation dan majlis je pakai baju kurung. Masa ni sibuk dengan baca nota di IPad sebab nak test. sempat lagi sebelum tiba fakulti.
Ok siap hantar dah ni. All the best untuk Test 1. Masa post kat sini dah dapat dah pun markah Test 1 Animal Biochemistry ni. Markahnya pun alhamduliah. Post kat blog ni lambat sikit. Hehe.
Bergambar kat photo props. Sebenarnya banyak tempat untuk berphoto kat dewan ni. Majlis sambutan aidilfitri diadakan di Dewan Pertanian. Kesemua 7 course kat Fakulti Pertanian meraikannya.
Dania dan kawan-kawan sekelas. Alhamdulilah. Nampaknya happy kat course Animal Science ni. Bab pendiam tu masih tak boleh ubah la.
Gambar-gambar di bawah diambil dari facebook Fakulti Pertanian, UPM. Jom tengok apa makanan yang dihidangkan.
Rojak buah. Terliur pulak tengok gambar ni.
Cendol rasanya ni.
Hmmm....kalau apam balik ni memang Dania serbu dulu.
Kambing golek ni memang paling famous ya sebab lecturer cakap 7 ekor kambing disediakan oleh pihak Fakulti. Tudia....
Lepas exam, dah nampak lecturer Dania paling dulu ke majlis ni. Hehe.
Seleksi minuman. Dania kata ada soto jugak....eh macam-macam la.
Seronok dan meriah kalau tengok video tu. Alhamdulilah. Kat fakulti lain pun ada juga majlisnya. Meriah macam mana kena ikut fakulti masing-masing.
Dania dan kawan-kawan sekelas dapat duduk di bawah khemah depan Dewan. Katanya mereka pergi dalam jam 11 lebih dan majlis pun baru bermula jadi makanan pun masih banyak. Gambar diambil dari instagram Ansci. Dah kenapa tutup mata pulak tu?. Satu meja ni ex Diploma dari UPM Bintulu kecuali Dania dan budak lelaki yang nganga mulut tu dari ex Matrikulasi.
Rezeki mereka pada tahun ini. Rasanya tahun lepas macam tak ada majlisnya.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.