Isnin, Mei 5

Kenduri doa selamat sempena Tuan Rumah dapat panggilan Haji

Kawasan rumah saya ni banyak kawasan rumah tanah lot jadi rumah jiran yang ni kat tanah lot juga la. Majlis ni kiranya majlis kenduri doa selamat sempena jiran saya ni dapat panggilan haji. Dah merayu sebanyak 8 kali dan kali ni baru dijemput. Alhamdulilah. 


Meja ni ada sandwich, sate, cheese tart dan roti jala.


Ni pula meja utama dengan makanan utama. 


Seronok pulak bila pergi majlis orang tak berapa ramai. Mungkin tetamu tak datang lagi agaknya. Kami makan ni berpada-pada sebab selepas ni ada majlis kedua pulak. Majlis kedua ni majlis aqiqah untuk 3 cucu jiran saya. Dibuat sekali harung. 


Dania dok tunjuk2 baju yang sama dengannya. Hehe. Baju ni memang selalu nampak orang pakai. 😅


Hubby bercakap dengan Tuan Rumah. Tuan Rumah ni pergi haji menggunakan agen swasta sebab katanya lagi dekat. Dekat tu in terms of distance kat tanah suci nanti la. Umur nampaknya macam dah 60an. Alhamdulilah Allah dah panggil untuk menunaikan haji. 

Kawasan yang didirikan kanopi ni tempat parking dan tanaman Tuan Rumah. Luas sungguh kawasannya kalau nak buat kenduri pun. 


Rezeki masing-masing. Lepas ni kami nak beransur ke majlis kedua pula.





XOXO,
Ezna




 

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah tumpang gembira utk tuan rumah.
    Kami pun makan kenduri juga semalam.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, rezeki tu dpt jadi tetamuNya

    BalasPadam
  3. smoga dipermudahkan urusan haji utk jiran ezna ..sedap2 menu yg dihidangkan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Meriah lauk2 nya..Mcm kenduri kawin =q

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...semoga beroleh haji yang mabrur...ada rezeki lebih, boleh guna yang swasta...dekat sikit hotel nya...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Majlis aqiqah di Lamanz De Putra

Majlis kedua pula di Putrajaya.  Ada kanopi yang luas di sini tapi tempat duduknya di bahagian dalam. Kat luar ni ada sedikit ajer meja dan ...