Rabu, Mei 28

Mission Impossible The Final Reckoning | Movie Review

Credit : Google

Lepas menuai dan selesai semuanya saya dan Dania balik rumah. Kemudian keluar balik ke IOI City Mall nak menonton Mission Impossible The Final Reckoning. Selalunya saya beli tiket online tapi tak sempat nak beli online sebab last minute punya plan. Ingat nak rehat lepas Dania menuai tu. 

Tiba kat IOI City Mall beli tiket movie masa yang terdekat iaitu kol 3 petang. Masa tayangan 2 jam 49 minit dengan pawagam di Atmos Maxx GSC. Hishhh kuat betul sistem bunyi dia sampai 2-3 kali masa awal filem ditayangkan saya terkejut. Lama2 bila dah biasa dengan bunyi tu saya ok je. 😅. Terkejut bila ada part mula2 senyap tiba2 berbunyi pulak....

Pelakon dibarisi oleh :

Tom Cruise : Ethan Hunt
Hayley Atwell : Grace
Simon Begg : Benji Dunn
Ving Rhames : Luther Stickell
Pom Klementieff : Paris

Mengisahkan Ethan Hunt yang baru menjumpai kunci untuk membuka code Entity iaitu sebuah kecerdasan buatan (AI). Entity ni cerdik sangat sampai boleh kawal sistem nuklear negara lain. Ada negara Korea Utara, Pakistan, Is**** dan beberapa negara lagi.  

Disebabkan nak membuat misi merbahaya ni kena ambil la beberapa lagi orang untuk membantu seperti Paris dan agen CIA, Theo Degas. Kemudian Ethan kena mencari code kat dalam kapal selam yang dah lama tenggelam. Misi ni agak tak logik jugak la sebab dah la kapal selam tu dah tenggelam. Nak pergi situ pun Tom Cruise sorang je jadi macam ala ala Hindustan sikit la. Pastilah hero akan selamat tapi sebelum tu ada juga detik-detik cemas juga. 

Ada satu hard drive yang mengandungi 'malware' atau virus yang direka oleh Luther. Hard drive ini boleh membantutkan misi jahat AI ni. Hard drive ini diberi nama 'Poison Pill'. Dibawa lari pula oleh orang jahat bernama Gabriel. 

Ada juga scene atas kapal terbang kecik yang pilot training tu di mana scene kejar mengejar diantara Ethan Hunt dan Gabriel. Rasanya stunt semua Tom Cruise yang buat sendiri. Pernah ditanya dalam siri talkshow Jin BTS bernama Run Jin. Jin tanya Tom Cruise macam mana dia boleh bergayut kat kapal terbang tu?. Tom Cruise kata dia melakukan exercise di gym lebih dari biasa untuk scene bergayut tu. 

Bagi saya filem ni best la. Ethan Hunt menyelam, berlawan, bergayut kat kapal terbang, mengejar lawan dengan berlari, terjun jurang tinggi dengan motosikal.....memang kena stamina yang tinggi. Tom Cruise pun berumur 63 tahun pada 2025. Rupanya memang Tom Cruise yang buat sendiri stunt. Bayangkan kalau ada sedikit kesilapan apa yang akan berlaku kan?. Ada juga menonton youtube tentang pembikinan filem ini. Tinggi platform kat jurang di Norway tu.....seram.....

Berapa rating saya nak beri? 5 / 5 lah....saya suka menontonnya....cumanya kena bersedia menonton selama 2 jam 49 minit. Dania pun sama juga kata best movie ni. 




XOXO,
Ezna



9 ulasan:

  1. antara banyak MI yang ni paling saya tak suka. Bagi saya banyak scenes yang tak logik, dah rasa tengok cerita tamil haha. Saya rate 3/5 je yang ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bab macam hindustan tu memang setuju la sangat.

      Padam
  2. Wahhh macam best je untuk episod yg ni.. menarik ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya agak menarik juga sebab semua stunt Tom Cruise yang buat sendiri.

      Padam
  3. laaa Tom Cruise dh 63 ker?i ingatkan dia masih late 50s

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulan Julai ni baru 63. Kiranya tahun ni 63 sebab lahir tahun 1962. I google nak cari umur sebab dia buat stunt dia sendiri.

      Padam
  4. meletup gak movie ni, siapa yg follow dr awal mesti excited ni..
    MA memang x tgk dr awal, so x pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually tengok juga MA tapi bukan peminat movie MI ni cumanya sebab ni movie final yang nak tengok tu.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Mega Glory Hall dihiasi bunga-bunga berwarna pastel

Selepas majlis di Inspen, kami ke Ostia, Taman Ostia Bangi pula. Majlis ni merupakan anak kepada kariah surau. Bila masuk je Mega Glory Hall...