Sabtu, Mei 31

Majlis perkahwinan anak kepada jiran lama

Majlis ketiga pada minggu yang sama berlangsung di Dewan Seri Siantan kat Putrajaya. Dewan ni memang besar dan cantik. Ada dibahagi juga tetamu pihak perempuan dan pihak lelaki. Rasanya majlis resepsi ni dibuat sekali oleh kedua belah pihak pengantin. 


Ni kawan saya yang perempuan dengan pasangannya. Saya kawan dengan kawan Ayu iaitu Wan Nor Azlina lepas tu dengan Ayu sekali saya berkawan. 

Masa masuk dewan ni kebetulan pengantin baru sampai. Ayu dan suaminya mengiringi pengantin. 


Ini pula jiran lama saya. Excited kami bila berjumpa. Rin selalu share tentang anaknya. Pernah saya cerita dulu tentang anak Rin yang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama MITS Jugra terbakar. Apa yang dipakai masa ke surau itulah sahaja yang tinggal. Beg, buku2, alatulis dan pakaian habis terbakar. Sekarang ni anak Rin dah kat Edinburgh dapat tajaan YTP Mara. Sebaya dengan Dania. Hafaz 30 juzuk masa berumur 15 tahun. Ya Allah memang wow anaknya....

Seronok dengan anak kawan-kawan yang berjaya kemudian saya doakan juga untuk Dania. 


Ini pula gambar bertiga. 


Hubby bersama ex imam surau rumah kami yang lama di Puncak Jalil. 


Ini pula Lin atau Wan Nor Azlina. Sanggup pusing satu dewan nak mencarinya. Lama tak jumpa ya jugak. Masa kat LKIM dulu, saya sangat baik dengan Lin ni. Terkeluar airmata jugak la. Hehe sebab teringat la kisah lama-lama....yang baik2 ajer masa bekerja di sana. Sekarang ni batch saya yang menerajui LKIM. Batch pegawai atasan saya majoriti dah bersara dah. Dulu masa baru masuk LKIM, jawatan saya Penolong Pengarah. Saya pula ditempatkan di Bahagian Komunikasi Korporat. Sekarang ni Penolong Pengarah di rumah ajer. 😉


Lin dan anaknya. 


Ini pula Yann Arif. Jiran saya area Puncak Jalil ramai yang menggunakan perkhidmatan dekorasi rumah dengannya. Psstttt dah tanya jugak kat Lin berapa caj yang dikenakan. Hehe. Tanya je kalau ada budget baru on la. 


Bila senior UPM tanya junior UPM. Lin dulu pun lulusan UPM dan masa ni bercerita pasal kolej dan fakulti. 


Bergambar bersama puan rumah....Ayu. Tahniah Ayu dah dapat menantu dah. 


Dania depan istana kehakiman, Putrajaya. Kami parking area sini tak parking tepi jalan. Lepas tu kena melintas untuk ke Dewan Seri Siantan. Nak parking tepi jalan takut penguatkuasa Putrajaya ni datang saman pulak sebab kat area Putrajaya ni Penguatkuasa dia memang aktif. 


Boleh bandingkan Dania masa sekolah kat Dewan Seri Siantan juga ada Pertandingan Robotik. Sekarang ni kawan-kawan Dania semua dah masuk Uni masing-masing. Boleh la buat kenangan sebab ummi Dania ni suka menyibuk kalau Dania masuk apa ke.......Hehe....


***Insya Allah hari ni kami akan ke Ipoh untuk menghadiri perkahwinan anak kepada sepupu saya. 




XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Seronok dapat jumpa kawan2 lama kan. Banyak menyembang cerita macam2.

    BalasPadam
  2. Bestnya banyak jemputan...minggu ni SA x kemana-mana rasanya....kalau pergi pun maybe pi Bangi...bantu2 apa patut adik bongsu berpantang

    BalasPadam
  3. Pernh juga attend wedding kt sini..wah ke Ipoh plak.. wedding lg..hati2 memandu

    BalasPadam
  4. cantiklah OOTD dania tu..background tu bangunan mcm oversea la plakkkk heheh sbb kaler grey gitu kan

    BalasPadam
  5. betul tu bila dah lama tak berjumpa, mmg mengalir juga air mata

    BalasPadam
  6. Moga ukhuwah kekal selamanya. Cantik dewan ni, tak pernah nampak. Cantiknya Dania dengan kurung dan handbag merah.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki telur dan kali kedua tuai bayam

Ada sekali lepas ambik Dania kat fakulti, nampak susah bukak pintu kereta rupanya..... Kat tangan ada 2 pek telur. Kat dewan tengah diadakan...