Isnin, Mei 26

Makanan cina muslim setelah frust kat emart24

Bila Dania habis kelas, ummi dan Dania lagi sekali ke emart24 UPM. Hari tu sebab ramai sangat tak jadi la nak makan apa-apa kat sini. 

Kali ni masa masuk sini, masih ramai orang....paling tak best...ini tak ada...bila tanya nak ini....kena tunggu 1 jam. Tudiaaaaa tak sanggup la nak tunggu. Lepas tu apa yang diiklankan kat cashier SEMUA tak ada 😅 habis stok terus. Bila jadi macam ni cancel je la nak makan kat sini. 

Berdekatan ada Mee Tarik la tapi nama Northwest China. Tukang masak saya rasa dari China jugak. 

Rasa sebijik la Mi Tarik ke Mi Hiris ke. Dania cukup suka Mi cina ni....of course yang halal la ya.


Dania pilih mi isi beef. 


Saya order dumpling je. 


Nak kepit dumpling ni licin kalau makan dengan chopstick jadi saya cucuk je dumpling ni. Senang la nak makan. Makan dengan sos dia tu sedap la. 


Kat sini lengang je. Ramainya kat dalam emart24 tu. Entah bila nak lengang tak tau la. 





XOXO,
Ezna





4 ulasan:

  1. sampai sekarang tak reti nak guna chopstick tu hahahaha

    BalasPadam
  2. Hata & kids pun suka mee hiris ni..Sy kureng sikit..Tp dumpling tu nmpk sedap =D

    BalasPadam
  3. mcm dh lama plak i tak mkn dumpling tu hahaah ;) have a nice day ezz! i kat opis ni, merasmikan guna lappy baru...melayang fulus la ezz beli lappy baru

    BalasPadam
  4. kawasan student kan...memang penuh je lah emart tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kereta terbalik?

Pagi 23 Mei 2025, kebetulan Dania punya group nak harvest bayam kemudian hubby cakap mesti ummi nak tengok tu. Hehe macam tau je ya....😅 Pa...