Sabtu, Mei 31

Rezeki telur dan kali kedua tuai bayam

Ada sekali lepas ambik Dania kat fakulti, nampak susah bukak pintu kereta rupanya.....
Kat tangan ada 2 pek telur. Kat dewan tengah diadakan derma darah kemudian ada lori CP datang. Kebetulan Dania masa tu tak balik lagi tengah tunggu ummi. Kawan Dania yang jaga booth telur CP offer sape nak ambik. Ada lebih kurang 15 pek tu. Dania mulanya ambik 1 je tapi kawan Dania suruh ambik lagi sebab tahu Dania duduk rumah. Ummi dia pun memasak. Hehe

CP juga menaja untuk hadiah graduan terbaik untuk Fakulti Pertanian khasnya untuk pelajar Animal Science. Setiap kursus dalam Fakulti Pertanian ni ada penajanya tersendiri. Penaja yang paling banyak datangnya dari program Animal Science. Moga Dania ada rezeki untuk menjadi salah seorang pelajar terbaik Animal Science masa graduasi nanti. Aamiin. 


Ini pula hasil tuaian kumpulan Dania untuk kali kedua. Hari ni saya tak ada kat ladang jadi ummi dah bersedia untuk terima gambar bayam je la takde gambar Dania dan kawan-kawan. 😅. Haa ada nampak kasut tu entah kasut siapa. 

Kali ni mereka dapat tuai sebanyak 3kg. Alhamdulilah. Sebenarnya ada lagi untuk batch ketiga. 


Saya pergi ambik kat Ladang ni tapi kena tunggu kejap. Rupanya mereka tengah bersembang pasal 'hantu tu'. Lagi satu mereka nak tunggu sampai saya datang baru mereka balik ke kolej. Terima kasih semua sebab tunggu Dania. Rasa bersyukur sangat kan. Ada la peneman Dania. Dania kata dah cakap dah kat mereka suruh balik tapi mereka nak tunggu saya tiba dulu. 


Semua dimasukkan ke dalam kereta. Bayam dan Sawi ni habis semua saya borong. Sawi ni ada kumpulan lain yang tuai. Ada permintaan kat office hubby jadi borong semua untuk hubby bawa ke office dan Dania dan kumpulan tak payah la nak mencari buyer lagi. 


Petang, sawi ni saya siap basuh dah....tak perfect daunnya sebab berlubang. Guna baja organik kan....


Siap dah masak sayur sawi tumis dengan telur yang dapat free 2 bekas tu. Dah telurnya banyak letak 2 terus dalam ni. Biar puas hati. 


Ada pula lauk ikan masak sambal. 


Alhamdulilah untuk segala nikmat yang Allah berikan. 




XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah sudah ada hasil dan terus berhasil lagi

    BalasPadam
  2. waahhhh seronoknyaaaaa dpt tuai bayam, sawi & dpt telur hehe

    BalasPadam
  3. Untung nya ambik kos macam ni kan? Berhasil-hasil!

    BalasPadam
  4. Sayur ada lubang² pun takpa, sbb organik takde sembur² racun semua... Sedap makam sayur fresh ni kan

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, tumpang seronok dah berhasil bayamnya.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki telur dan kali kedua tuai bayam

Ada sekali lepas ambik Dania kat fakulti, nampak susah bukak pintu kereta rupanya..... Kat tangan ada 2 pek telur. Kat dewan tengah diadakan...