Pada 1 Mei tepat jam 9 malam diadakan pre order novel Teme yang baru iaitu Rahsia Danny. Kesinambungan dari Bayang Sofea. Masa ni malam tu kami makan kat mamak lepas tu sibuk Dania tanya dah pukul 9 ke?. Dah siap-siap nak key in segala details untuk beli buku Teme Abdullah ni.
Kenapa nak berebut ni? Sebabnya 10,000 yang pertama ni dapat bookmark edisi terhad dan book badge Rahsia Danny. Tu yang Dania nak standby tu. Dania nak check out pun kena tunggu sekejap ya.
Dalam masa 25 minit, 10000 naskhah Rahsia Danny terjual. Wow....penangan Rahsia Danny Teme Abdullah ni.
Ya Dania diantara pembeli pada 25 minit tu sebab dalam masa 25 minit tu la ada edisi terhad bookmark dan book badge. Itu yang nak direbutkan tu.
Pada 8 Mei 2025 baru tiba novelnya.
Book Badge Rahsia Danny.
Bookmark Rahsia Danny hasil lukisan Teme of course.
Ketebalan bukunya adalah dalam 500++. Ada yang battle jugak ke untuk menjadi pembeli 10,000 pertama untuk mendapat kombo edisi terhad tu?.
XOXO,
Ezna
mesti dia umum je terus berebut ni hihihihi
BalasPadamdulu saya pun jenis battle buku teme, sanggup beratur panjang2 nak meet and greet tahun 2018 gitu haha. sekarang dh tua sikit, tak baca dh buku2 dia xD
BalasPadamLama betul tak layan buku2 ni, kalau start baca, memang tak gerak2 lah kadang tu.
BalasPadamOwh... novel pun boleh jual cam ni eh? Hebat marketing sekarang
BalasPadamtahniah berjaya battle! Enjoy your book, Dania
BalasPadamMacam menarik. Sebenarnya aku belum ada lagi koleksi buku berbentuk novel ni. Boleh dicuba untuk beli ni. Kebetulan pula, untuk blogging aku tengah draf plot outline novel next projek. doakan ya
BalasPadamBaguslah Teme ni.. buat novel yang menarik minta pembaca muda.
BalasPadamKalau dah kena pre-order memang laku keras lah novel-novel nya.
dia join lagi tak PBAKL tahun ni? tahun lepas viral dasat penulis ni.
BalasPadamenjoy ur reading Dania. antych@ baca komik je ni.
wowww laris sungguh ni!!
BalasPadamSA kalau dpt buku ni memang x gerak la..semua kerja x settle la dek penangan buku..dia kalau musim demam baca novel melanda..confirm dalam 1 hari habis dah sebuah novel
BalasPadamSA kalau dpt buku ni memang x gerak la..semua kerja x settle la dek penangan buku..dia kalau musim demam baca novel melanda..confirm dalam 1 hari habis dah sebuah novel
BalasPadamWaaaa menarik nya... Dpt free gift utk 10,000 yg pertama.. hebat hebat..
BalasPadam