Selasa, Mei 20

Birthday dinner

Alhamdulilah pada 17 Mei 2025 baru-baru ni saya meningkat umur dan bersyukur masih bernafas lagi di muka bumi ini. Alhamdulilah. 

Hubby membawa kami sekeluarga untuk menikmati makan malam di 10 gram, Tamarind Square, Cyberjaya. Kalau tengok kat luar cerah lagi. Early dinner ni dalam jam 6 petang. 


Minta staff snapkan gambar kami sekeluarga. 


Ni sebelum masuk 10 gram ni kat luar. Saya mengenakan baju kurung kedah yang Dania hadiah dan pilihkan di Bayu Somerset. 


Kat meja ada tempat letak tisu yang unik ni....kepala rusa. 


Menu pun klasik. Ala ala kertas dah lusuh. 


Fish & Chips pilihan saya. 


Omu Rice dengan beef patty. 


Tempat makanan sampai kat sebelah kami je. Elok je saya cakap mana la fish & chips saya. Terus terbuka tingkap tu dan makanan saya pun tiba. Nak hantar tak jauh pun sebelah ni je. Hehe. 


    Dania punya Mac & Cheese. Presentation macam makan pizza je. 


Sos cili diletakkan di dalam sudu macam ni. 


Sudu dan garfu....


Interior di dalam 10 gram ni nampak cosy je sebab ada elemen kayu. 


Ni di bahagian hadapan. Kat tengah ni tergantung pokok yang hidup rasanya. 


Nampak ada pokok paku sarang burung. 


Bergambar kat tempat duduk 10 gram ni. Saya kata kukuh ke kat staff yang tolong ambikkan gambar?. Kukuh katanya. Haha takut nak duduk. Sipi-sipi je duduk tapi bukan duduk betul-betul pun. 


Ada la few snap dari staff 10 gram. Terima kasih. 



Ada juga 10 Thai. Sama la macam 10 gram ni juga. 


Keadaan sekeliling di Tamarind Square. Bagi saya konsep hijau ni sangat cantik la. Ada juga photoshoot graduasi diadakan di sini. 


Hijau sangat sekeliling. 


Ni dalam kedai buku di Tamarind Square ni. Saje ambik nama Dania cumanya tak ada huruf e jadi Yasmine. 


Lepas balik dinner, solat dulu di Masjid Mustapha Kamal di Cyberjaya 10. Uniknya masjid ni dibina sekali dengan pusat dialisis. Kemudian ke rumah adik di Cyberjaya. Mulanya adik nak hantar hadiah terus ke rumah tapi saya kata nak makan kat Cyberjaya kemudian boleh la singgah rumah. Adik saya ok lah. 

Ni hadiah adik kat Cyberjaya. Pakej nak bagi kakak dia wangi ni. Lepas tu melawa pakai tudung dari Zefiks. Hehe. Kucing tu ada 3 jenis kat Habib. Ada Ragdoll, saya punya British Shorthair dan lagi satu Tabby tu adik No. 2 pulak yang punya sebab birthday beza 3 hari je dari saya.


Ini pula hadiah hari jadi dari adik saya lagi seorang. Cantik Batik Songket dari STM ni. 


Alhamdulilah untuk hadiahnya....bukan nilai menjadi ukuran tapi tanda ingatan tu yang penting kan?. Adik saya kat Cyber ni yang bila bulan 5 je kopak la sikit sebab akan bagi hadiah yang sama walaupun mungkin beza gambar dan lain-lain. 😅. 

Terima kasih hubby bawa dinner di 10 gram. Harga di situ kalau nak celebrate ok la sekali sekala tapi bukan untuk makan selalu. 

Apa pun bersyukur....alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna


 

9 ulasan:

  1. perhhh suasana pun nampak klasik je...sedap mata memandang

    BalasPadam
  2. Happy birthday kak. Semoga yang baik2 untuk akak. Nampak menarik semua menu tu. Nanti ke Cyberjaya boleh cuba.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..Sannah Helwah sis...Gold bar tu menarik sgt =D

    BalasPadam
  4. Happy belated bday Ezna 🎂💐🥳 semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin
    Cantik cafe tu..

    BalasPadam
  5. Happy birthday to you Kak Ezna..semoga ditambahkan lagi rezeki, diberikan kesihatan yang sentiasa baik dan happy-happy selalu..Aamiin...
    Berseri-seri birthday girl haritu ye...suka tengok

    BalasPadam
  6. sweetnya baju dania bagi tu. it looks nice on you! besh2 belaka hadiah adik2 u tu!! rezeki u dpt adik2 yg pemurah, alhamdulillah. tmpt mkn tu...nama unik, ambience pun nampak lawa dan ada kelas!!

    BalasPadam
  7. Cantik tempat ni, suka vibe klasiknya tu ... 10 gram apa maknanya @ simbolik apa ye sis? Sebut gram ni teringat emas je ahak!
    Alhamdulillah lumayan rezeki hadiah bday semua tu. Mudah-mudahan bertambah luas juga rezeki adik² Ezna 🤲🏻

    BalasPadam
  8. 10 gram ni julia dh pegi juga tp yg dlm ioi city mall...yg cyberjaya ni kita ingat aritu nk singgah lps pegi event dkt UM cyberjaya tp cuaca panas husband ckp lenkali je la

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dipanjangkan untuk kawan sekelas

Ada majlis tahlil diadakan di surau baru-baru ini. Makanan yang disediakan packed food berupa nasi ambeng. Dimasukkan dalam bekas bulat sebe...