Kalau kami sekeluarga ke Hat Yai, pasti hotel ni jadi tempat penginapan kami. Nama hotelnya ialah Centara. Baru-baru ni Hat Yai dikejutkan dengan banjir besar. Nampak teruk juga kerana ramai yang terperangkap.
Di bawah ni saya ambil dari facebook Hotel Centara.
Credit : Centara facebook
Perkongsian rain_gs di Tik Tok.
Tak sangka kan kat depan Hotel Centara ni dah jadi takungan air yang besar pula. Berdepan dengan Hotel Centara ni ialah Hotel Lee Gardens. Suka duduk sini sebab nak gi mana-mana jalan kaki je. Berdekatan dengan Hotel ni ada pasar malam, tempat makan halal yang banyak juga. Kalau jauh sikit naik Tuk Tuk la. Kalau nak pergi Klonghae Floating Market kena la naik Tuk Tuk.
Teringat dulu, kami bawa kenderaan sendiri ke sini jadi sebelum masuk bahagian parking kena check dengan alat bom takut kami ada bawa bom. Dulu kat Hat Yai ni memang ada kes bom meletup pun.
Apa yang bestnya kat Hotel Centara ni ialah coffee house hotelnya halal ya...jadi bila makan tu tanpa was-was. Blog post saya di sini dan sini
Credit : Tik Tok rain_gs
Apa yang dirindui trip ke Hat Yai ni ialah makanannya yang sedap.
XOXO,
Ezna


Banjir besar betul kat Hatyai. Kereta yang mereka bawak pun habis tenggelam banjir tengok kat FB.
BalasPadamDasyat juga banjir di Hatyai baru-baru ni. Sampai macam tu sekali dorang check ek. Yelah kan, safety first sebab sana banyak kes juga.
BalasPadamTeruk banjir di Hatyai kali ni. Harap semuanya dipermudahkan terutama utk rakyat kita yg terlibat. Dengarnya ada yg kereta hanyut, rosak dsbnya.
BalasPadamRamai betul yang terkesan kali ni... Semoga cepat pulih!
BalasPadamTeruk banjir kali ni. Kasihan juga tengok rakyat kita yang terkandas kat sana. Semoga dipermudahkan segalanya..
BalasPadamTernyata dimana mana lagi kena banjir
BalasPadamsemoga segera usai
org msia memang gi thailand utk mkn2 sbb sedap dan murah dari msia...teruk jugak keadaan banjir kat hatyai tu...Allahul musta'an
BalasPadamHatyai teruk betul banjir, ramai rakyat kita terperangkap kat sana..paling kesian yang adik student hidap Thalasemia tu, ubat dah habis..lepas tu ramai yang terperangkap x dapat pi convo kan...rasanya diorang semua dah diselamatkan dah
BalasPadamsy tgk video2 pasca banjir fuhhhh
BalasPadammmg teruk betul keadaannya
makan masa juga nak bersihkan dan pulih sepenuhnya
Banjir ni kejadian yang kita tak dapat elakkan apabila hujan lebat tak berhenti..semoga baik baik saja semua ya
BalasPadamSaya belum pernah ke hatyai. Sediiiiih sangat lihat tempatnya rusak terkena banjir 😭. Semoga yg baik2 saja, dan bisa cepat pulih kembali
BalasPadam