Isnin, November 24

Eh…macam kenal je…

Dania sekarang ni kalau tengahari dia tak balik sebab gap katanya 2 jam je dengan kelas petang. Solat dan makan tengahari pun dia ikut kawan lagi 3 orang tu. Jadi...yayyy me time....petang sikit barulah ambik Dania balik. 

Lepas tu masa makan tengahari....2 orang kawan nak ke Putrajaya pulangkan alatan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang mereka pinjam. Faqihah dan Farah keduanya ahli JPAM kat UPM. Nurain dan Dania pula bukan ahli JPAM. Jadi Farah kebetulan bawak kereta ibunya ke Putrajaya. Mereka sama-samalah naik kereta Farah ke Putrajaya. Dania cerita kat kawan-kawan entah-entah terjumpa ayah nanti. Mereka nak hantar tu kebetulan kat bangunan Wilayah Persekutuan. 

Hmmm memang terjumpa ayah Dania pun. Ni gambar candid Dania. Dania whatsapp saya cerita makan kat Putrajaya. Saya cakap entah-entah jumpa ayah. Tu yang Dania forward gambar ni. Ayahnya sibuk pilih makanan. Hehe. 


Ni camera ayah Dania pulak....saya kata ehhh ni tak cukup ni sebab sepatutnya 4 orang ya. 😅. Tudung hitam tu Farah, Faqihah dan Dania. Nurain pergi washroom. Hubby cakap 4 orang. Ok cukup la kawan-kawannya tu. Mereka bertiga dulu Diploma Kesihatan Haiwan & Peternakan dari UPM Sarawak. Jadinya Dania jadi adik la sebab mereka setahun tua dari Dania tapi panggil nama je tak panggil kakak.

Dania kata dia makan nasi ayam tu. Ayah kata nasi ayam tu dari kedai orang utara asal Pendang. Tu yang ayah speaking utara tu 😆. Sedap nasi ayamnya.....


Kawan-kawan Dania yang ni pun terima kasihlah boleh gang dengan Dania. Sebelum ni mereka semua dah gang dah kat UPM Sarawak tu. Masuk UPM Serdang mereka + 1 Dania pulak. Nampak baik2 juga la kawan-kawannya. Alhamdulilah. Seorang orang Shah Alam, seorang orang Ipoh dan seorang Lahad Datu, Sabah. Kawan baik-baik ok?. 




XOXO,
Ezna

15 ulasan:

  1. Hihihi... kelakar kan bila terserempak mcm ni... ok lah tu dania dh ada circle baru dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Circle yang baik camni kita pun lega.

      Padam
  2. Ketemu pula dengan ayah yaaa 😄.

    Lama dah tak makan nasi ayam. Biasanya Raka selalu cari nasi ayam tiap ke KL. Dia suka sangat. Kalau saya tergantung. Semisal nasi ayamnya kuat sangat rasa ginger, memang tak makan. Tp kalo ginger nya tak kuat, saya suka.

    Ginger nih saya bukan tak suka. Anehnya kalau dibuat minuman , sukaaaa sangat. Tp kalo masuk dlm makanan, jadi tak suka 🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi Ayam ni bergantung juga sebab kadang2 tak ada rasa. Sup pun tak ada rasa. Kalau dapat yang sedap ok lah. Ginger dalam nasi mungkin nasi tu rasa kuat kan.....

      Padam
  3. hehe duk ckp kat kwn2 ntah2 terserempak dgn ayah.. betul2 terserempak ye.. haha

    BalasPadam
  4. Ehhh..Trserempak dgn ayah...Ayah belanja tak ni?Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya Dania dah nak selesai makan dah baru terserempak dengan ayah. Rugi kan? Hehe.

      Padam
  5. Laaa...bertembung ngan ayahnya ye...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan ayahnya makan kat situ. Selalu ayahnya jap makan sini, jap makan tempat lain pulak.

      Padam
  6. Memang rutin ayah lah eh lunch kat situ... elok pulak timingnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu bertukar, kejap sana kejap sini....kebetulan hari jumpa Dania tu ayahnya makan kat sini.....

      Padam
  7. haaha kiranya snap gmbr each other lah kan tuuu...cute la plakkk ragam dua beranak niii

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah punya kawan2 yang baik..ada dari Sabah kan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 1

14 Disember 2025 merupakan wedding anniversary saya yang ke 22 tahun. Alhamdulilah. Jadi ke mana kita pagi ni?  Singgah breakfast di Hentian...