Sabtu, November 29

Sesekali dapat kerang bersaiz besar

Bila sesekali hubby dapat beli kerang bersaiz besar. Alhamdulilah. Puas makan sebesar ni. Jadi saya sediakan la sos thai. Sebelum tu rebus kerang dengan serai yang dititik. Jangan rebus lama2 kerang ya sebab takut dia kecut je nanti. 

Bahan untuk sos thai : 
Sos ikan, sos tiram, perahan limau nipis, gula, garam, (cili api, cili merah dan bawang putih ditumbuk) dan daun ketumbar. Gaulkan semua sehingga sebati. 

Garam tu masuk sikit je jangan banyak sebab sos ikan pun ada rasa masin juga. 

Kalau makan kerang style gini part paling best meratah dia.....😋


Sebahagian diletak dalam mangkuk kalau nak mencicah. Selebihnya dicampur dalam kerang. Nampak macam akar tu adalah akar ketumbar. 


Makan dengan sambal tumis ikan bilis petai. Petai ni pun lama juga tak masaknya. 


Dania pulak petainya tak ada cuma sambal tumis ikan bilis je. 




XOXO,
Ezna

 

17 ulasan:

  1. Sedapnyaaa...lama x makan kerang..nak cari la nanti masak macam ni...

    BalasPadam
  2. Besar betul kerangnya tu. Sedap ratah je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meratah tu memang sedap sangat la. Tak perlu makan dengan nasi....

      Padam
  3. dpt kerang yg size besar mmg syok meratah tu...lama tk mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni makan kerang saiz dia kecik sangat. Tak puas makan Amy.

      Padam
  4. Sedapnya kerang.. sy dh lama x mkn kerang, sbb budak2 x brp suka.. lgpun kerang kt sini mcm x brp fresh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke? Kerang ni kalau dapat yang fresh memang sedap.

      Padam
  5. sedapnya kerang! in my family, cuma zharfan tak mkn kerang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania peminat kerang jugak...kalau dengan I boleh berlawan-lawan makan. Oh Zharfan tak suka....

      Padam
  6. teringat zaman kanak-kanak.. bila mak beli kerang, sayalah ditugaskan mencari daun senduduk untuk cuci kulit kerang tu sebelum direbus.. la ni pokok senduduk pun dah pupus.

    BalasPadam
  7. Puas hati dapat yang besar-besar macam ni. Makan kerang ni memang sedap meratah je. Makan dengan nasi jadi lambat siap makan. sedapnya sambal tumis ikan bilis campur petai. Petai mentah saya tak makan, kalau masak sambal baru makan.

    BalasPadam
  8. Bestlah dapat yang besar².. puas makan. Ritu jumpa kat pasar cenonet je.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah kena dengan selera

    BalasPadam
  10. Uwaaaah sedaaap sangaaat inn kak. Memang ratah saja makan dengan sambal kan. Habis banyaak lah 😄😄

    BalasPadam
  11. Saya peminat Kerang Rebus/Bakar tau Kak Ezna..sedapnyaaaa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 1

14 Disember 2025 merupakan wedding anniversary saya yang ke 22 tahun. Alhamdulilah. Jadi ke mana kita pagi ni?  Singgah breakfast di Hentian...