Selasa, November 25

Kitab Sijjin dan Iliyyin | Netflix ๐Ÿ‘ป

 

Credit : Google 

Berkesempatan menonton di Netflix kisah seram ni.

Terajunya :

Yunita Siregar sebagai Yuli
Dinda Kanyadewi sebagai Laras
Traa Budiman sebagai Rudi
Djenar Maesa Ayu sebagai Ambar
Kawai Labiba sebagai Tika

Kisahnya berkenaan Yuli yang diperlakukan tidak adil di kalangan keluarga tirinya. Ibu dan ayah Yuli meninggal disebabkan permainan sihir. Ibu tiri Yuli tak pernah la berkelakuan baik. Macam ala-ala Cinderella tu la. Yuli ni selalu la kena buli. Sama juga dengan adik beradik tirinya juga bernama Laras pun membuli Yuli jugak. 

Akibat tak tahan diperlakukan sedemikian rupa, Yuli ni jumpa bomoh dan kenakan keluarga tirinya. Scary bila dia ambil mayat ibu tirinya dan mula cucuk mayat menggunakan benda tajam. Sangat ngeri sebab nampak real je dia cucuk tu ๐Ÿ˜ฒ. Jump scare pun ada dalam filem ni tapi tak cukup pulak nak terkejutkan saya. 

Akhirnya satu demi satu keluarga ni meninggal dengan cara yang amat dasyat sekali. Dalam keluarga ni nampak Tika ni solat dan ketika solat ada la hantu tu datang dari belakang etc. 

Kalau tengok muka Yuli yang lemah lembut tu macam tak sangka pulak dia sanggup menyihir keluarga tirinya dek kerana tak tahan selalu kena buli je. 

Saya beri 3/5 bintang untuk movie ni. Scene mayat dan mentera dibaca dengan ada pembunuhan haiwan untuk upacara sihir tu nampak macam betul je. 

Haaaa sesiapa yang berani nak tengok filem ni silakan....
.............................................................................................................................

Website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1370-al-kafi-253-pendirian-islam-berkenaan-sihir

Akhir sekali Makna Sihir : 

Ibn Manzur menyebut di dalam Lisan al-Arab bahawa yang dimaksudkan dengan sihir itu adalah amalan yang dengannya mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuan darinya.

Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

ุงุฌْุชَู†ِุจُูˆุง ุงู„ุณَّุจْุนَ ุงู„ู…ُูˆุจِู‚َุงุชِ، ู‚َุงู„ُูˆุง: ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَู…َุง ู‡ُู†َّ؟ ู‚َุงู„َ: ุงู„ุดِّุฑْูƒُ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ، ูˆَุงู„ุณِّุญْุฑُ، ูˆَู‚َุชْู„ُ ุงู„ู†َّูْุณِ ุงู„َّุชِูŠ ุญَุฑَّู…َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ุญَู‚ِّ، ูˆَุฃَูƒْู„ُ ุงู„ุฑِّุจَุง، ูˆَุฃَูƒْู„ُ ู…َุงู„ِ ุงู„ูŠَุชِูŠู…ِ، ูˆَุงู„ุชَّูˆَู„ِّูŠ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ุฒَّุญْูِ، ูˆَู‚َุฐْูُ ุงู„ู…ُุญْุตَู†َุงุชِ ุงู„ู…ُุคْู…ِู†َุงุชِ ุงู„ุบَุงูِู„ุงَุชِ

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya

5 ulasan:

  1. ammi kurang suka tgk cerita camni tapi kalau membaca ok. tapi suami dan anak2 mmg layan cerita camni

    BalasPadam
  2. Kita sama dgn ammi, meremang tengok movie macam ni.
    Kita suka storyline yg rileks2 ja.

    BalasPadam
  3. Ritu cuti ingat nak tengok tapi sebab buat benda lain jafi tertangguh. Tau filem ni pun sebab baca review dari FB, SA.

    BalasPadam
  4. Saya kalau horor, apalagi berkaitan dengan sihir, jujur takut kak. Teman saya ada yg meninggal Krn sihir, dari laki2 yg tak terima cintanya ditolak. Awalnya saya tak percaya sihir , guna2, santet atau apalah sebutannya. Tp ketika melihat teman saya langsung dengan mata kepala sendiri, bagaimana dia kesakitan hanya di jam00.00 sampai 6 pagi saja, lalu sisanya membaik, macam seram dan takuuuuut. Apalagi ketika dipanggil ustad yg bisa merukyah, jin dalam tubuhnya ada banyak ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Sampai hati lelaki yg kirim santet itu ke dia. Teman saya akhirnya meninggal. 10 tahun disantet, dan akhirnya badannya menyerah. Suami dia teman saya juga, setia sekali selama istrinya sakit. Mereka susah berhubungan intim, Krn selain kesakitan, teman saya darahnya tak berhenti keluar. Bisa dibilang dalam sebulan, palingan cuma 10 hari dia bersih.

    Makanya kalau melihat film ttg sihir, saya teringat teman saya. JD memang tak nak nonton. Baca spoiler saja.

    BalasPadam
  5. i tak berani la ezz nak tgk movie genre seram hahah tp i suka baca mcm2 kisah mistik kat FB tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 1

14 Disember 2025 merupakan wedding anniversary saya yang ke 22 tahun. Alhamdulilah. Jadi ke mana kita pagi ni?  Singgah breakfast di Hentian...