Ada satu kedai kek yang berdekatan dengan sekolah menengah Dania dulu. Dah lama tak pergi kedai kek Zetty's ni.
Dulu, Zetty's ni hanya buat kek Butterscotch sahaja tapi bila pergi baru-baru ni dah banyak perisa pula. Kalau tengok donat tu kemain besar ya.
Ni pula kek kecik2 bento.
Ni kek kecik2 yang ada hiasan di kek.
Kat dindingnya....
Boleh juga kalau nak makan kat sini.
Masa kami datang ni tak ada yang makan kat sini. Kebanyakkan tapau je.
Kat luar ada penunggu setia ni. Muka kemain serius tapi saya rasa dia kesejukan sebab kat luar ni hujan.
Kami ada la beli kek butterscotch sebab lama tak makan. Kek kecik je. Teringat dulu SMK Jalan Empat sediakan kek butterscotch untuk diagih-agihkan kepada pelajar lepas habis SPM paper yang terakhir iaitu paper Matematik Tambahan. Masa tu kiranya batch Dania la. Tu yang saya beria bantu tu. Tukang masukkan dalam kotak kecik tu saya dan kawan-kawan beserta cikgu-cikgu.
Zetty's
Lot G-2A, 70, Jalan Pusat Perniagaan Seksyen 3,
Seksyen 3, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor
XOXO,
Ezna
Besar betul donut tu. Makan sebiji pun kenyang dah.
BalasPadamWah comel-comel kek bento tu. Donut tu kemain besar lagi. Boleh share 4 orang atau buat birthday celebrations pun okay sangat.
BalasPadamKek bento kecik² tu menarik juga... boleh rasa beberapa flavour.
BalasPadamzetty tu nak sama mcm nama my HOD now, nama dia Dr zati. anyway, kek2 kecik comel tu semua sgt menarik laaa
BalasPadamSedapnya .. Donut tu boleh potong 4 . Nampak besar betul..
BalasPadamLastly gambar miow, tengah tengok apa tu..
BalasPadamYa Allah ada yaaa yg bisa habiskan donat sebesar itu 😄😄😅. Mungkin Krn saya tak terlalu suka manis, jadi kalau lihat yg manis, biasa Saja. Masih mau coba, tp tak nak banyak2 😅.
BalasPadamBestnya kalau bakeri kalau sedap n banyak pilihan nih...mesti jadi selalu repeat kan Kak Ezna..
BalasPadamDi area rumah saya ada dua tiga jugak..ada yang best tapi pilihan tak banyak..yang ada pilihan banyak, tak berapa kena tekak pulak hihi