Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, January 5

Perjalanan dari Kedah ke Hatyai melalui jalan darat

Ok tak habis lagi kisah Kedah ni yer....semalamnya lepas singgah rumah kakak ipar mandi bagai....terus la ke rumah pengantin. Yang kahwin ni sepupu suami. Anak kepada bapa saudara hubby yang merupakan adik kepada ibu mertua saya. Tak ambik gambar sangat kat sini sebab cuaca sangat la panas terik plus saya pun mengantuk jugak. Ye lah mana la nak dapat tidur yang berkualiti kalau baru tiba Kedah kan. 


Kami menginap di Holiday Villa Alor Setar, Kedah. Paginya bila breakfast, nampak la group pemain daripada Felda United. Ni saya ambik gambar belakang je ni. Saya tak kenal pemain kat depan saya ni siapa. Bila saya post kat fb baru saya tahu siapa. Beliau merupakan penyerang otai bernama Indra Putra Mahyudin. Kenal tak? Kenal tak?. 


Ok hubby, Dania dan pemain Felda United nama Thiago. Dania kata macam nama dalam kartun Rio 2. Memang ya lah. Nama anak Blu. Hehe. Ambik gambar ni masa kami semua nak naik lif. Thiago ni pun kebetulan nak naik lif jugak. 


Ok....bas Felda United pun ada depan hotel. 


Lepas check out, singgah dulu rumah kakak ipar dulu sebelum bertolak ke Hatyai, Thailand. Ini kali kedua ke Hatyai. Perjalanan ke Hatyai mengambil masa 1-2 jam dari Alor Setar, Kedah. Sebelum nak masuk border di bukit kayu hitam, dokumen yang diperlukan :-

1. Kena buat insurans kereta Thailand. Banyak je dekat bandar Changlun. Saya akan buat di depan Pejabat Persatuan Peladang Kawasan Changlun. 
2. Kena bawa sekali passport untuk mereka isi white card (RM2 / passport).
3. Geran kereta asal. Kalau takde kena ada yang fotostat dan kena ada cop dari bank mengesahkan fotostat geran itu. 
4. Insurans kembara takaful ikhlas (Ni optional sebab saya selalu akan ambik insurans ni kalau travel luar negara. Mana la tau apa2 hal terjadi at least cover kan)
5. Saya call insurans kereta di Malaysia untuk tambah coverage ke Thailand. (Ni pun optional tapi ini memang recommended sebab coverage insurans kereta Thailand sikit kalau lah ada kemalangan kereta kita berlaku di Thailand). 

Apa yang perlu dilakukan bila tiba di border Sadao, Thailand? :

1. Parking kereta kat kiri sekali. Ada tempat parking yang luas. Semua yang nak masuk Thailand kena beratur untuk cop passport. Wakil tidak diterima ya. 
2. Isi borang nak declare masuk kereta dalam Thailand. Setelah siap isi, beratur kat line nak declare masuk kereta. Tunjukkan geran kereta dan insurance kereta Thailand. Lepas tu dia key in. Lepas kaunter ni, kat depan sikit kita kena beratur untuk cop borang tadi. Borang ni kena simpan baik2 ye. 
3. Lepas tu baru kita boleh beratur pula untuk cop passport kita. Ha....bersedialah pegawai imigresen tu mintak RM2 / passport. 
4. Settle cop passport boleh la semua pergi ke kereta dan tahniah...anda dah boleh masuk Thailand. 

Bila kita dah selesai urusan kereta dan passport, dah boleh masuk Thailand. Apa yang perlu dibuat?

1. Kalau nak beli prepaid card untuk internet, boleh la singgah kedai telekomunikasi yang banyak terdapat di Sadao. Passport anda diperlukan juga untuk mereka mendaftar kad prepaid anda tu.

Nampak leceh eh?. First time gini lah. Kalau kereta kita dah pernah masuk....masuk kali kedua tak le lama nak menunggu dia key in sebab plate kereta kita dah didaftarkan di Thailand. Tapi....kita tetap kena isi borang declare nak bawa masuk kereta kalau nak masuk Thailand ya....cop juga borang tu ya...


Ni kali kedua saya menginap di Centara Hotel Hatyai ni. Kedudukannya yang terletak di bandar memang senang sangat. Tambahan pula cafe Saneha halal. Dapat halal Thailand lagi. Tak was was la nak makan kat sini. Selain daripada itu ia terletak bersebelahan dengan Central shopping mall. Ada excess dari hotel terus ke mall. Lepas tu kami dah tak naik kereta. Nak gi jalan-jalan town, jalan kaki ajer. Minyak pun jimat. Minyak kat Thailand ni mahal sikit daripada kat Malaysia yer...


Lepas relaks kat bilik, terus keluar cari makan pulak. Kami makan di Hamid Restaurant. Hamid ni makanan siam bukan makanan mamak yer...Nama je ala ala mamak di Malaysia. Lepas tu naik tuk tuk nak ke Klonghae Floating Market, Hatyai. Pergi balik kena 400 Baht (Kalau convert duit kita dalam RM50). Floating Market ni beroperasi hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja ye. 

Ok abang....Dania....senyum!!!!


One of my favourite photo ni. Cantik sangat permandangan....


Ini yang saya beli ni. Ubi dan pisang bakar. Ada isi kelapa dan santan dalam ni. Murah je harganya. Saya beli dari salah satu sampan wanita muslim. 


Berdekatan dengan Klonghae Floating Market ni ada market jualan pelbagai barangan dari topi, beg, baju-baju dan macam-macamlah. Topi yang saya dan Dania pakai pun beli kat sini. Harga 100 Baht (Kalau convert dalam RM12). Kalau beli kat Malaysia topi gini rasanya tak boleh dapat harga macam ni. 


Ada juga beli air kelapa share berdua je lah. Dania minum sikit je air kelapa ni tapi isi dalam ni Dania makan jugak. 


Saya dan keluarga menghabiskan masa selama 45 minit ke 1 jam kot kat sini. Balik ajer dah malam. Jadinya balik je bilik hotel untuk solat Maghrib dan Isya' kemudian turun bawah untuk dinner pulak. Kami dinner kat warung depan Central Shopping Mall. Malam je banyak la gerai kat sini. Banyak juga gerao muslim. Paling best cakap Bahasa Malaysia ajer. Selalunya mereka faham. 

Order lencikang untuk hubby, ABC untuk Dania dan air sarang burung dengan Gingko untuk saya. 


Ni hubby punya Padtai. Ohhh sedapnya. Mee ala ala Tomyam Kung Secret Recipe. Rugi lah tak tapau lagi satu balik bilik. 


Ni saya punya ni telur dengan tiram. Kena makan dengan sos cili tu. Kalau tak muak la. Sedap jugak. 


Dania makan pulut mangga ajer. Kalau datang sini wajib order pulut mangga feveret Dania ni. Lepas tu selfie kat bandar Hatyai ni waktu malam. Sekitar bandar Hatyai ni ada kedai-kedai kecik untuk yang kaki shopping tu memang heaven okay....saya bukan kaki shopping. Pegang-pegang tak beli sudahnya. Hehehe. 


Tiba je Hotel Centara, hubby nak minum teh tarik la pulak. Ummi order teh ais. Dania buat muka protes tu....hehehe....err teh tak berapa sedap sebab keras rasanya. Terlebih teh gamaknya...


Naik ajer bilik segar bugar. Tadi, dok protes kata ngantuk la apa lah...pandai eh drama anak ummi ni...hehehe....

Esok sambung ke Samila Beach yang terletak di Songkhla pulak yer....tunggu yer....



1 comment:

  1. Jom ke HATYAI 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete