Khamis, November 13

E.MAS ke Emas?

Dari Pusat Rekreasi Air Putrajaya, kami ke IOI City Mall kemudian ada pameran kat tengah ni.
Promo Proton E.Mas 5 dan 7. 


Dania mencuba seat belakang Proton E.Mas 5. Luas juga tak bertemu lutut dengan seat depan. Bentuk kereta ni pun kecil je tak besar sangat. 


Seat dia berwarna cerah. Ini untuk Varian warna Rose Quartz & Marble Cream. Selain warna ini, seat dia warna gelap (Grey). 


Chewahhhh macam bawa kereta pulak ya. 


Boleh booking dengan harga RM99 ajer. Special Launch price untuk Proton E.Mas 5 sehingga 31 Disember 2025 :
Prime : RM56,800
Premium : RM69,800

Harganya bagi saya affordable untuk kereta EV. 


Ada yang berminat ke?


Dania suka sangat warna pink Proton E.Mas ni tapi untuk E.Mas 5 ni warna pink hanya untuk yang premium. Kereta Leona anak Azhar Sulaiman warna pink juga tapi kereta Leona tu Proton E.Mas 7. 

Tengok la nanti macam mana bila kedua kereta saya dah habis bayar. Mana tahu keluar pula kereta lain dengan harga yang mampu milik. 




XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. Eh..baru tahu Proton ada keluarkan kereta elektrik!
    Cantik seat warna cerah, nampak mewah. Cuma mudah sakit mata dan jiwa kalau terkena kotoran. Hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah ada. Seat dia cerah untuk warna yang lembut. Tapi....hmmmm senang la nampak kotor tu kan.....sakit pula mata nanti.

      Padam
  2. Kebanyakan warna kereta EV lembut kalernya.
    Cantik design e.mas 5 tu, comel je.

    BalasPadam
  3. E.mas ni memang cute dan affordable. sesuai sgt tu utk dania ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu lagi you. Tunggu kereta habis bayar...insya allah tahun depan.

      Padam
  4. Cantik e.mas 7 yg kaler biru tu. Harganya pun kategori berbaloi bagi kereta EV

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 7 tu besar sikit la tapi kalau tengok harganya agak menarik juga. Ni Proton....Perodua pun nak keluarkan EV mereka jugak.

      Padam
  5. Ini target market mereka yang minat warna pink. Macam Leona beli sebab warna pink je kan. hihi...Ohh Leona tu model lain. InshaAllah ada rezeki Dania nanti dapatlah.

    BalasPadam
  6. Ini, sangat menarik ..wah hebat dah kan Malaysia ada kereta elektrik..kepala saya tadi ikut tebengkok lihat gambar first tu..

    BalasPadam
  7. wahh kereta elektrik pun dh ada erk., murah lg dr jenama yg lain

    BalasPadam
  8. Lawa kan Kak Ezna...
    Harga memang affordable kan...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...