Hari ni kena masak sepantas mungkin sebab Dania nak ada test petang nanti pada 24 November 2025. Masukkan juga buah tomato dalam hidangan udang buttermilk ni. Kuahnya agak pekat sikit sebab masuk tepung jagung. Selalu Dania tengahari tak balik tapi disebabkan jam 10 pagi, kelasnya cancel jadi Dania balik la dulu.
Boleh la makan masakan air tangan ummi dulu sebelum ke kelas.
Makan juga daun salad. Daun salad ni selalu penyelamat kalau tak buat sayur.
Alhamdulilah. Dania dah selesai makan dan request nak ke Fakulti awal sikit. Jadi kita hantar la ke Fakulti awal sikit.
Tiba kat Fakulti, lebatnya hujan ni. Ikutkan dari pagi lagi tak berhenti. Kejap renyai-renyai kejap lebat.
Kawasan yang rendah tu diharap bersedia untuk kemungkinan air naik. Kawasan anda bagaimana pula?.,
XOXO,
Ezna




kesian tengok mereka yang terlibat dengan banjir kan...nak tolong pun x mampu..wah..Dania ada test..all the best Dania..ummi dah masakkan lauk best tu...
BalasPadamThanks SA...Dah mula nak ada test ni....sebelum ke fakulti makan dulu.
PadamSini masih on off lagi jugak ni. Ada tempat naik air dah.
BalasPadamYa nampak macam teruk juga banjirnya ya....
Padamsamalah, kalau kat rumah ammi sentiasa ada timun jepun, yau mak tam, dan cherry tomato. Agak2 suami tak goreng sayur kita keluarkan je sayur segera ni
BalasPadamUntung la suami gorengkan sayur....
PadamKawasan rumah kita dah tiga hari hujan turun mencurah.
BalasPadamSemalam reda sedikit, lekas-lekas keluar top up bekalan.
Wahhh lamanya hujan sampai 3 hari. Moga baik2 ajer.
PadamSini kalau x tgh hari, ptg confirm hujan... tp alhamdulillah belum ada tmpt yg naik air lg..
BalasPadamMoga semuanya dipermudah untuk kita ya....
PadamAlhamdulillah sempat Dania isi perut dgn airtangan Umminya .
BalasPadamSini lagi tadi nampak matahari sekejap, petang dah hujan semula. Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲🏻
Aamiin untuk doa PH ya.
PadamSalad memang penyelamat. Cuma tak boleh simpan lama sangat.
BalasPadamHujan masih on & off. Sejuk je dari siang tadi.
Ya betul tu la kena cepat2 habiskan tu. Sekarang ni jadi musim sejuk la pulak. Sebelum tu panas ya amat.
PadamOrang pompuan ni campak-campak pun jadi satu hidangan...
BalasPadamYa la UG....masak untuk para suami juga....
PadamTempat Nani pun hujan sepanjang hari.
BalasPadamKasihan tengok orang yang kena hadap banjir setiap tahun.. Semoga dipermudahkan..
Ya lah...bila banjir ni banyak benda kena fikir kan......kesian juga.....moga baik2 ajer.
Padamisnin aritu kt shah alam naik air..byk jln tutup..nasibaik smlm ujan dh stop..smoga dipermudahkan urusan mereka yg terlibat ngan banjir...lama tk masak menu buttermilk
BalasPadamYa la Amy...Shah Alam especially Puncak Alam tu teruk kena banjir. Kalau kawasan MSU tu memang selalunya tiap kali hujan lebat tu selalu naik air.
PadamPulau Jawa masih aman kak. Tapi pulau sumatera teruk memang dibuat. Aceh, dan Tapanuli sampai sekarang masih putus komunikasi. Adik saya di Sibolga, Tapanuli, blm ada kabarnya hingga sekarang . Krn listrik mati, sinyal pun mati.
BalasPadam😞.
Semoga cepat mereda hujan, banjir surut, dan mereka bisa menghubungi kami lagi. Sibolga itu kota pesisir pantai, jadi seharusnya kalau hujan lebat , air mengalir ke laut. Tapi yg kejadian THN ini, banjir besar datang dari arah gunung . Ditambah longsor.
i komen ni hari jumaat 1.21 pm..pun hujan non stop ni kat area gombak tp tak lebat lah
BalasPadamArea rumah saya Alhamdulillah OK Kak Ezna...
BalasPadamAll the best to Dania...
Sempat makan ye, laju Kak Ezna masak...