Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, October 9

Percutian keluarga ke Langkawi Day 1 | Jalan Jalan Cari Makan

Ni kisah percutian kami ke Langkawi. Kali kedua untuk tahun ni di mana kali pertama masa Dania habis peperiksaan SPM. Kali ni Dania baru habis ujian asasi. Nak release tension pun ya jugak dan nak pergi repeat makan kat tempat2 yang Dania tak dapat repeat masa percutian pertama baru2 ini. Kami pergi ni 1 - 3 Oktober 2022. 

Kami akan parking kat Putrajaya Sentral dan akan menaiki ERL menuju ke KLIA. Flight jam 1.10 tengahari tapi selepas breakfast jam 10 pagi dah bertolak ke Putrajaya Sentral. Tiba KLIA jam 10.55 pagi terus check in bag. Check in flight dah buat online. Sekarang ni kena check in flight online kan?. Kalau dah buat tu cepat sikit la kat kaunter check in tu.  


Masa ni tengah tunggu boarding flight.

 

Tiba ajer kat Langkawi memang hujan. Flight terpaksa berpusing kat atas tak boleh mendarat sebab cuaca buruk. Bila berpusing kat atas tu masuk awan je dah bergoyang flight. Akhirnya flight dapat juga mendarat dan lewat sikit dari dijadual. Kat atas tu bila flight bergoyang memang agak seram la. Bila mendarat, flight meluncur dengan laju......fuhhhh akhirnya selamat tiba. Ada payung juga boleh ambil tapi kena serahkan balik bila tiba bangunan terminal. 


Masa pergi bulan 3 tahun ni area ni macam kosong tapi sekarang dah ada booth kereta sewa. Pengunjung pun makin ramai ke Langkawi tak macam masa bulan 3 tu. Touch down je Langkawi masa tu kat airport ni lengang sangat. Nak sewa kereta sekarang ni pun macam mahal sikit dari bulan 3 hari tu. Ya bulan 3 hari tu lengang je. Bulan 10 ni pula airport Langkawi sibuk. Kata orang kereta sewa ramai pelancong luar dah mula masuk Langkawi. 


Sementara tunggu hubby deal sewa kereta, duduk la dulu kat sini. Senang kalau sewa kereta ni sebab bebas la ke mana-mana. Sewa kereta Vios baharu keluar kedai seminggu. Masuk je kereta bau baru lagi. Ada plastik dekat seat tak bukak lagi. Kami sewa dekat Akim. RM300 untuk 3h 2m di Langkawi. Masa bulan 3 tahun ni kami sewa kereta tak ingat kat siapa tapi dapat harga RM200 kereta Honda City dengan harga RM200 untuk 3h 2m (3 hari 2 malam). 


Kemana kita nak lunch ni?. Kami ke Hafiz Rojak kat Pantai Kok, Langkawi. Dania teringin nak makan kat sini. Asyik dok cakap ulang-ulang nak makan kat sini sebab nak makan pasembur yang sedap. Masa pergi bulan 3 tu Dania makan laksa kemudian rasa sikit yang ayah punya lepas tu dah suka pulak. Katanya lagi sedap dari laksa. Menyesal tak makan pasembur masa tu. 


Tempat makan memang mengadap pantai. Masa datang tu hujan tengah renyai-renyai dan tak ramai orang. Bila hujan berhenti je mula la ramai orang. 


Tenang je makan sambil berlatarbelakangkan laut. 


Ni yang Dania teringin nak makan ni. Dah dapat kemain senyum lebar. 


Ni saya punya. Bagi la menu apa pun. Kalau ada laksa, saya pilih yang ini tapi laksa utara je tau. Laksa lain saya tak suka. 


Lepas dah selesai makan kat Hafiz Rojak, terus menuju ke Aloft Hotel kat Pantai Tengah. Area dia tak jauh dari Pantai Cenang. Ada 2 katil queen. Selesa je untuk keluarga kecil macam kami ni. 


Ada tempat duduk depan TV. Tempat duduk tu letak beg la akhirnya. 


Bilik air yang sangat selesa. 


Tak ada bathtub cuma ada tempat shower ni. Ok je. 


Tapi....bab almari baju ada dalam bilik air. Haa yang ni je tak berapa berkenan. 


Ada bean bag juga kalau nak bersantai kat balkoni. 


Balkoni kami mengadap pantai. Tak la dekat sangat macam boleh jalan kaki depan tu je tapi boleh naik buggy yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke pantai. 


Malamnya hubby ada tanya kat reception counter kat mana nak makan seafood tepi pantai. Beliau mencadangkan makan kat Bamboo di Pantai Cenang. Nak parking kat Pantai Cenang ni agak susah la dapat parking yang berdekatan dengan Pantai jadi kami parking kat parking untuk orang awam. Kena jalan sikit la untuk ke Pantai ni. 


Berjalan punya berjalan terjumpa la Bamboo ni. Masa kami pergi ni pun dah ada group yang makan kat sini. Meja masih banyak lagi la yang kosong. Kami pergi ni memang kedai muslim la. Boleh duduk dalam kawasan berbumbung tapi kami memilih kat luar. Kata orang kedai tu cuaca tak menentu dan mungkin juga hujan. Nak masuk area dalam agak terhad mejanya. Nasib baik masa kami duduk kat luar ni tak hujan pun. Alhamdulilah. 


Makanan yang kami order. 


Ikan siakap size sederhana masak 3 rasa.  


Udang masak butter. Dah tak ada udang celup tepung dah. Dah 2 kedai saya nak makan ni tak ada. Satu kat Selangor la. Udang masak butter pun boleh la. Ada kena mengena dengan penggunaan tepung ke sebab ada kes tepung mahal ke?. 


Telur dadar. 


Sesambil duduk makan, tak jauh dari situ ada group buat pertunjukkan api. Kalau nak duduk dekat boleh masuk ke dalam kawasan dan kena bayar la. Tak tahu la berapa sebab tak tanya.


Selesai je makan pergi dekat sikit kat pertunjukkan api. Tengok sekejap lepas tu hujan turun renyai2 terus la kami menuju ke kereta. 

Esok kami akan naik bot untuk mangrove tour. Mangrove tour ni kena booking sehari sebelum pergi. Tunggu blog post selepas ni...




XOXO,
Ezna













2 comments:

  1. Seronoknya Langkawi..
    Last kami pegi Langkawi tahun 2009 sis..
    Ya Allah lama sungguh..
    Tak sabar nak tunggu next entry.. Xoxo

    ReplyDelete