Hadiah buat pembeli tiket BTS World Tour Arirang in Kuala Lumpur

Hari ahad, sempat la menghantar hadiah kecil untuk pembeli tiket BTS World Tour Arirang in Kuala Lumpur. Beliau beli 1 tiket je dari saya. Kat Bandar Baru Bangi ni ada satu Poslaju yang buka setiap hari. Hari ahad pun buka. Jadi, memang saya ke sini la nak hantar bungkusan ni. 

Saya minta untuk letakkan sticker merah fragile tu sebab dalam ni ada popcorn bucket tu dan kotak squishy tu. Takut terpenyet kalau tak letak. 

Kotak ni pula, saya modifikasi. Patutnya kotak ni besar boleh letak 2 popcorn bucket. Datangnya pun dalam kotak besar. Saya potong kotak tu jadi ngam untuk 1 popcorn bucket. Guna je kotak yang ada cuma kena ubahsuai kotak la. Kalau tak, besar sangat pulak. 


Popcorn bucket yang ada muka mereka bertujuh. Memang ni gambar tema konsert mereka ni. 


Ada juga la hadiah iringan seperti tisu basah BT21, tisu biasa BT21, Disney Tsum Tsum Tigger squishy makeup sponge, poskad gambar kumpulan, sticker BT21 dan keychain kecik berbentuk love. 

Tigger makeup sponge ni memang banyak saya borong. 😅


Moga sampai dengan selamat kepada penerima. Harap penerima suka dengan gift ni. 
Dah selesai dah pos untuk kedua-dua pembeli tiket. 





XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.