Masakan orang yang tak sihat

Bila hubby sakit kat bibir, dalam mulut pun sakit dan atas bibir berjahit....pastilah buntu juga nak sediakan masakan apa kan....

Google la saya masakan dalam pantang juga. Akhirnya....hari kejadian tu buat :

Hari pertama : Bubur nasi dengan lauk ayam letak lebih serbuk lada putih. Ayam memang dipotong kecil. Ada buah naga juga. 

Hari kedua : Bubur nasi dengan lauk daging letak lebih serbuk lada hitam. Daging pulak dipotong kecil je. Senang nak makan. Buah naga pun ada. 

Hari ketiga : Hubby request nasi pulak jadi buat sup ayam letak lobak merah dan makan dengan ulam pegaga. Ayam saya potong kecil. Pegaga pula hubby makan macam tu je tapi saya adalah sambalnya. Selain tu ada juga sampingan buah naga. 

Lepas tu memang saya sendiri yang taruh banyak-banyak pegaga dan lobak merah dalam nasi hubby. Wajib makan ya. Mujur hubby ni sejenis makan semuanya....tak sama la macam wife nya memilih la jugak. 😅. Oh ya penggunaan bawang putih dan merah pun banyak ya. Bagus juga untuk meningkatkan imuniti dan banyak lagi la kelebihannya. 



Ingat nak pergi cari ikan salmon juga. Grill je ikan salmon tu. Lepas tu nak top up buah-buah juga. Moga cepatlah kering luka hubby tu. Kalau boleh tak nak masak makanan laut tu kecuali ikan la. Lepas tu kena yang berkuah la supaya hubby senang nak makan. Tak boleh masak pedas juga sebab bibir dan mulut tu sakit. 




XOXO,
Ezna


6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. moga segera beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya ustaz. Terima kasih mendoakan...

      Padam
  2. antara bahagian yang cukup menyukarkan ialah luka di bibir ia tempat selalu bergerak..nak makan atau nak bercakap..semoga cepat sembuh ..aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mendoakan ya. Memang ya bila bahagian mulut, dalam mulut sakit memang payah nak makan. Nasib baik la suami kuat la jugak. Paksa diri untuk makan kan....dan bersyukur juga tak ada gigi yang patah. Alhamdulilah.

      Padam
  3. baca pun dah rasa seriau kak sakitnya bila nak makan tu..moga cepat2 sembuh luka tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang...akak memang seram sebenarnya tapi bila kena kat keluarga kita...automatik kita jadi kuat pulak.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.