Dari Nanas Montel kami menuju ke IOI City Mall. Kejap ajer time tu dah masuk waktu maghrib jadi kami ke surau dulu. Masa nak masuk, ada ternampak seorang ni dan saya tahan....
E : Err....puan ni wartawan Karangkraf ke?
C : Bukan.
E : Maaf....
Kemudian kami berpisah kat situ. Saya cari port solat. Bila nak keluar. Saya berjalan laju-laju la nak keluar surau.
C : Beliau pegang tangan saya dan tanya...Puan ada anak kat SK Bukit Jalil ke?
E : Eh ada....ni cikgu ya? Cikgu ajar subjek apa?.
C : Ya. Saya ajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Masa puan tanya saya tadi saya macam familiar puan ni cuma puan yang tanya saya dulu.
E : Oh.....kalau cikgu kat SK Bukit Jalil ni memang anak saya Dania kat situ dulu. Batch Iman Nazihah. (Iman Nazihah ni anak cikgu Roshada kat situ jadi memang kenal la kan).
***E tu saya dan C tu Cikgu. Saya dulu masa Sekolah Rendah ada la bantu2 sekolah kalau diperlukan. Contoh macam gotong royong kelas, tampal nama untuk anak nak UPSR kat meja, agihkan makanan masa UPSR berlangsung etc. Bantu yang mampu je la kan....saya memang bersemangat bab ni. Saya kan follow Dania. 😅. Kalau Uni Dania sekarang pun perlukan bantuan pasti saya kot angkat tangan....tapi....Uni dah tak ada penglibatan ibu bapa dah.
Wefie dulu. Cikgu dengan bertelekung lagi ha....
Masa ni beriya saya panggil Dania. Rupanya.....Cikgu Norhayati ni pernah ajar Dania sejarah kat SK Bukit Jalil masa Darjah 5. Dania ingat sangat sebab Cikgu Norhayati (nama yang sama) pun ajar Dania Sejarah masa kat SMK Jalan Empat. Jadi Dania boleh recall la nama cikgu ni. Nampak muka cikgu excited jumpa ex anak murid. Dulu anak muridnya kemetot je. Sekarang dah tinggi dari cikgu dah.
Hubby pula.....kami tunggu depan surau tak muncul-muncul. Rupanya dah ada kat Harvey Norman pulak. Lajunya.....hubby nak survey harga TV kat sini. Kalau ngam mungkin beli la. TV kat rumah kami ni dah rosak dah. Tahan bertahun jugak la. TV zaman sekarang ni bukan dicipta untuk tahan lama sangat ya. Kalau tahan seumur hidup memang business jual TV lingkup la. Sampai je masanya TV pun akan rosak. Sama juga macam spare part kereta etc.....

Ingat nak survey dulu TV ni....banyak jenama yang dipamerkan dan ni diantaranya la. Sales person cakap, TV ni pun ada beberapa kali je boleh dibuka untuk hayatnya. Kalau jarang tengok mungkin la hayatnya lagi panjang.
Dania saje la tunjuk pemandu F1 kegemarannya iaitu dari team Ferarri. Namanya Charles. Berasal dari Monaco. Sebelahnya dulu pernah menjadi pelumba F1 untuk team Petronas. Namanya Lewis Hamilton.
Jadi beli ke TVnya?. Ya....hubby beli TV dengan bayaran 'Easy Payment Plan'. Alhamdulilah. Ambik sendiri TVnya sampai ke rumah. Nak bawa naik ke atas tu berchenta sikit la ya. Boleh je kalau nak suruh orang hantar ke rumah TVnya tapi kena bayar kos penghantaran la. Err tapi yang tak bestnya kita yang kena bawa sampai atas la. 😄. Berjaya akhirnya.
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.