Pada 30 September 2026, baru-baru ni diadakan anugerah kecemerlangan pelajar untuk sesi 1 & 2 2025/2026.

Lepas hantar Dania ke Fakulti, saya cakap dengan Dania ummi nak lepak IOI City Mall dulu sebab sejuk. Dania tak tahu saya nak bagi bunga. Dah tempah awal dan hari kejadian nak pick up la. Kedai bunga Bungaa ni memang on the way nak ke Musolla jadi singgah Musolla dulu untuk solat asar dan baru pick up bunga.
Saya request bunga Lily dan nak sweet bunga-bunga lain dan pembalut nak warna pink. Bunga lily ni ada 2 yang kembang, 1 buka sedikit dan 4 lagi belum buka. Ada juga bunga carnation warna pink. Ada juga daun warna kuning hijau. Ribbon pun warna pink.
Dia tanya untuk birthday anak ke? Saya kata tak....untuk anugerah dekan. Dia kata ni baru anugerah dekan besar ni. Tak tahu grad nanti besar mana pulak. Sebenarnya saya tak fikir pun part besar ke kecik ke. Kebetulan saya ternampak bunga lily berwarna pink jadi bunga ni la saya pilih. Kena la nanti dengan baju Dania.
Kalau tengok jadual, pukul 6.00 petang baru nak terima anugerahnya. Sempat lagi saya minum sekejap dalam IOI City Mall tu dan terus gerak ke Fakulti Pertanian. Tapi bila keluar 5 lebih tu jalan depan IOI City Mall tu sesak der. Nasib baik ada rezeki sampai cepat juga.
Masa nak masuk dewan, ada AJK tanya nak bagi penerima anugerah bunga ke? Belum sempat saya jawab....pegawai Fakulti...En. Hanis tiba. Puan.....kemudian terus usher saya ke tempat duduk 😅. Nampak nau macam dah biasa kan? 😆. Sebenarnya....ada nama Dania dalam majlis anugerah ni ummi pun muncul ya....😅 3 kali dah saya munculkan diri 💨. Cumanya En. Hanis tanya nak bagi anak nampak ke tak nampak?. Saya kata tak kisah pun. After all jap lagi ada la saya keluarkan kamera...Hehe
Panggil Dania kejap. Kebetulan duduk depan ummi tapi deret belah sana. Senyum sampai ke telinga dapat bunganya. Surprise la kiranya....Dania pun tak terkejut ummi datang.
Ummi duduk sebelah budak ni kemudian berborak macam2 topik pasal lecturer, subjek, banyak mix....eh banyak lagi la. Belah kiri ummi pula bila duduk je terus cakap saya baca blog Aunty 😅. Malu la Aunty Ezna....kot la merapu je banyak dalam blog ni. Hehe. (Dania kata ke dia masuk Animal Science sebab blog ummi? Macam-macam ummi share...)
Sementara itu, Dania dah pass sorang satu kat kawan sekelas yang dapat anugerah. Happy derang kata Dania. Ada nak ambik warna peach, berry dan ada ambik warna cherry. Masa Dania sem 1, saya bagi bunga. Tapi....sem ni saya tukar bagi lip balm sebab bunga ni kalau dibuatkan majlis tangguh, mana nak handle bunga banyak2 tu?. Bab bunga Dania....boleh tangguh la bagi masa birthday.

Masa ni tengah beratur....masa lalu tepi En. Hanis, En. Hanis cakap mak awak datang tu Dania 😅. Farah, kawan Dania tanya....eh En. Hanis kenal ummi ya?. Dania kata dari Agribusiness lagi. Huhuhu. Ye lah macam-macam hal la dari nak tukar course, ada masalah nak daftar subjek, pengecualian kredit lambat, nama tak masuk penerima anugerah, nama tercalon untuk anugerah syed kechik dan En. Hanis asyik tanya Dania ada Uni call tak?. Banyak ceritanya....tapi agaknya yang paling En. Hanis ingat....mak yang akan datang anugerah kecemerlangan 😆 sebab TAK ADA mak lain yang datang. So far 3 kali saya je...(sambil tutup muka). In fact masa Dania tukar course, hari pertama tu En. Hanis dah tanya Dania...oh tukar course ya?. Lepas tu suruh ambik makanan tengahari.
Terima kasih ya En. Hanis...bagi saya masuk. Kalau tak duduk pun tak apa sebab saya cuma nak ambik gambar dan video Dania je.
Ni saya nak ambik gambar kawan sebilik Dania masa asasi bernama Durrah. Beratur paling depan tu.
Video Dania. Alhamdulilah. Saya berpeluang ambik video Dania.
Dr. Juwaidah yang tinggi ni ex Penasihat Akademik Dania. Beliau yang meluluskan pertukaran Dania ke Animal Science. Beliau juga Timbalan Dekan di Fakulti Pertanian. Tinggi lampai orangnya.
Belakang tu Dr. Shazrul Ekhmar. Dr yang mengajar Dania masa course lama Agribusiness. Dr masih cam Dania. Dr kata awak penerima anugerah ya? Tahniah. Beliau ajar Dania subjek Agribusiness Accounting. Dr kata group Dania terbaik untuk report writing kena menjual coklat Beryl's. Kena jual apa2 hasil pertanian. Jadi....group Dania dapat report berkumpulan terbaik untuk aktiviti menjual coklat oleh itu, report group Dania dihantar ke Kementerian Pendidikan Tinggi dan akan dijadikan 'harta intelek' untuk kursus Sulam yang akan diterjemah dalam modul ringkas bertajuk 'Asas Perakaunan : Applikasi Dalam Pertanian'. Group Dania seramai 8 orang. Sulam tu maksudnya 'Service Learning Malaysia'. Dr. Shazrul kata boleh masukkan dalam resume untuk nilai tambah.
Terima kasih Dr. Panjang pula pengenalannya. Terima kasih sebab Dania dapat A untuk subjek Dr. Dr juga pernah tegur Dania. Masa tu Dania study kat tangga dengan kawan-kawan dan cakap awak tukar course ya?. Dania kata ya....sains haiwan. Oh patutlah sesuai sangat sebab awak suka kucing 😅. Dr ni memang memerhati ni. Dania kata bila masa Dr nampak Dania main kucing ni (memang Dania akan pegang2 kucing kalau ternampak kat fakulti). Banyak gambar kucing kat dalam whatsapp ummi Dania yang hantar.
Ni pula Prof Dr. Loh Teck Chwen, Dekan Fakulti Pertanian. Naik atas pentas, Prof pesan suruh capai 4.00 semester ini. Jeng Jeng Dania....
Gambar dengan kawan-kawan sekelas yang dapat anugerah juga. Patut 11 orang penerima tapi...seorang tak datang dan lagi seorang terlupa isi borang kehadiran.
Kalau datang ni pemangkin untuk bersemangat mendapatkan yang terbaik untuk semester akan datang.
Tahniah semua!. All the best untuk semester akan datang.
Dania dengan kawan yang dia baik kat kelas bernama Farah.
Farah ambikkan gambar Dania.
Masa ni mata Dania kat Farah. Farah ambikkan gambar Dania masa ni.
Dania dan Durrah. Lepas ni healing ke mana la pula ya?. Gang sebilik masa asasi dan masih baik walaupun dah degree. Gang sebilik yang lain rasanya dah berpecah dah. Mungkin tak sebaik gang bilik Dania ni. 3 di Fakulti Pertanian dan 3 lagi kat Fakulti Kejuruteraan.
Durrah dapat sijil dekan untuk sem 5 & 6. Dania untuk sem 4. Cuba jadi macam Durrah ya Dania....tapau untuk sem 5 & 6 terus. Sekarang ni Dania sem 5 dan Durrah sem 7. Mereka 4 tahun untuk degree jadi 8 sem.
Tudung dari Nawar Fendi dan baju dari W berwarna pink. Nawar Fendi ni owner dia anak kawan saya. Kena sangat tudungnya sebab ada warna biru dan pink. Baju Dania ni memang ada kedua warna tersebut.
Last sekali gambar kita la.
Ni gambar dapat dari fakulti. Simpan sini untuk kenangan.
Dania dapat on the dot je GPA sem 4. GPA UPM ni kena capai 3.75 ke atas barulah dapat sijil dekan. Kalau nak dapat sijil naib canselor kena dapat 4.00.
Moga ada rezeki Dania untuk sem ini dan seterusnya. Insya Allah.
Lagi 6 hari Dania nak masuk 22 tahun ni iaitu pada 7-Eleven. 😍. Hadiah Dania ummi dah kumpul sikit-sikit lama dah. Insya Allah akan celebrate kat.......sini sini je....tambahan ada cuti Deepavali kan?.
XOXO,
Ezna





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.