Dah beberapa kali dah saya pergi attend wedding kat Bora Ombak ni dan saya juga baru tahu yang pakej pengantin kat sini diuruskan oleh junior saya, Mimi. Mimi juga jiran saya dulu masa kat area rumah lama kat Puncak Jalil.
Siapa yang kahwin ni? Nadhila ni anak kawan saya kat SMK Jalan Empat. Sama-sama dalam kumpulan sokongan ibu bapa. Umur kami tak sebaya, kira2 10 tahun beza umur. Anaknya Nadhila ni pun pernah bersekolah di SMK Jalan Empat (Jess). Sekarang ni bekerja di Telstra Melbourne (Jurutera di syarikat Telekomunikasi). Kira pelajar terbaik juga masa kat RMIT, Melbourne. Wahhh memang suka dengar kisah kejayaan anak kawan ni sebab boleh la bagi inspirasi kat anak sendiri.
Tengok la pelamin yang dihias indah di Bora Ombak ni. Cantik kan?.
Ni lah dewan yang sangat besar dan boleh memuatkan 1000 orang tetamu. Paling best takde tiang yang boleh mengganggu pandangan.
Dewan ni berkaca dan mengadap tasik Putrajaya.
Ada hiasan bunga kat laluan pengantin.
Kerusi pula jenis transparent. Suka pulak kerusi jenis macam ni. Ada nampak kat situ lambang Bora Ombak. Kami semeja dengan anak kepada jiran yang kebetulan kawan dengan pengantin. Haihh rasa tua pula bila attend wedding anak kawan 😝😝😝.
Dania bergambar dengan senior JESS. Yayyy... Bagi semangat sikit. Rupanya pasangan ini berjumpa kat KMB. Apa la KMB tu?...baru saya tahu Kolej Mara Banting. Maybe Nadhila ni scholar Mara sehingga buat ijazah di RMIT, Melbourne kemudian kena sambar oleh Telstra Melbourne. Dapat PR status dah kat Australia. Bukan senang tau. Bangga juga kan seorang jurutera syarikat telekomunikasi di Melbourne tu orang Malaysia.
Boleh baca kat sini
Haa ni dia perancang majlis kat Bora Ombak. Yahazizan Amini (Mimi) namanya. Kalau nak buat majlis kat Bora Ombak boleh la jumpa Mimi ni. Junior saya masa sekolah menengah.
Masa nak balik terserempak dengan cikgu PRS Dania ni, cikgu Yus dan anak. Baju dan kain Dania tu saya mix and match je tu. Baju lace saya pair dengan kain berbulu. Tudung pula warna pastel dari Sofea Rose.
Saya pun ada menanya Mimi tentang pakej kat Bora Ombak, pakej kat Bora Ombak ni bermula dengan RM38,000. Kalau ada budget ni boleh la berunding dengan Mimi ye tapi sebelum April sebab Mimi akan bermula bekerja kat hotel lain pula pada bulan April.
Terima kasih tuan rumah Kak Yati sebab jemput. Saya panggil Kak Yati je walaupun sepatutnya Datin Yati. 😊😊😊. Takde gambar kita sebab Kak Yati nampaknya sibuk melayan semua tetamu. Biasa la kan kalau tuan rumah memang busy sikit.
wow nice place to dine, didnt know got this place until I read your post. Seldom going wedding functions, I think went last year only. Hehe.. nice pics you sharing here, love them all. Can share my friends of this post too!
BalasPadamcantik dewannya..zaman sekarang kalau buat apa2 majlis especially majlis kahwen memang buat kat dewan kan..menarik betul deco dewan...gambar makann je x nampak..mesti mahal kan pakej kat Bora Ombak ni
BalasPadamBora Ombak ni kita pernah dengar lah dan tempat menarik exclusive serta sangat besar dan semua lengkap mudah nak buat majlis besar macama ni cuma pengantin ke sediakan duit jer wakakka ada cukup semua boleh jalan hehehehee..
BalasPadamCantik dewan ni bila dah dihias untuk majlis perkahwinan. Sesuai dengan tema tu. Qiss suka tengok pelamin dia. Menarik sangat. Selalu juga dengar nama Bora Ombak ni. Tapi belum pernah sampai sini.
BalasPadamcantiknya kerusi tu.. boleh tahan besar jugak size dewan..sesuai kalu jemputan ramai. tambah lagi dua belah pihak pengantin mesti nak jemput semua sedara mara kan..
BalasPadamCantiknya dekorasi pelamin semua.airah tak pernah pergi wedding area situ.craving pulak nak rasa nasi minyak huargh
BalasPadamTempat ni nampak promising. Semua lengkap just sediakan duit je. For bakal pengantin tak boleh la cari tempat perkahwinan sewenangnye. Better cari yg reputasi bagus at least tak worry sangat.
BalasPadamPernah sekali hadir jemputan majlis kawan kat sini. Memang cantik temoat dia
BalasPadamVery beautiful wedding. Tahniah untuk pengantin. Best wishes for your married life.
BalasPadamBora Ombak ni dulu terkenal kan. Pastu mcm tak biasa dgr sgt dah. Skrg baru dgr baik nama dia. hehe. tp tempat dia mmg catik sgt.
BalasPadamCantik pelamin dan pengantinnya. Dewan nya juga besar dan menarik.
BalasPadamKerusi tu buat kita rasa teruja jap. Sebab first time tengok kerusi transparent macam tu. Rasa macam unik pulak. Hehe
Oh my God! This place is really pretty! I wish I can get married in this place. Not sure if Bollywood marriage is acceptable here. Hahaha!
BalasPadamSama ke dengan Bora Ombak yang di Ampang? Tak silap sis dulu ada juga Bora Ombak di Ampang, kalau yg diAmpang memang pernah pergi..memang cantik juga deco dewan pengantin kat sana
BalasPadamNampak exclusive! Lagi2 kerusi transparent ada logo tu. Belum pernah lagu attend majlis kahwin kat sini tapi ada kawan dulu majlis kat sini.
BalasPadamAgak cantik jugak ye dewan ni so boleh la nanti suggest pd kawan2 & sanak saudara yg nak adakan kenduri kawen
BalasPadamCantik nya dewan dia. Namapak mewah. Tapi nak tanya, kerusi tu nampak macam fragile je hihi.. ke sebenarnya kukuh? I tengok transparent tu, rasa macam rapuh je hihi
BalasPadamCantik tempat mcm ni, siap mengadap tasik lagi ye. Kerusi transparen tu mmg buatkan tempat lg eksklusif kan
BalasPadamWah grand nya wedding kt sini. Tertutup lagi memang sesuai tak kena panas kan. Maklumlah cuaca skrg ni. Kena kumpul duit ni kalau nak kenduri kat sini
BalasPadamSkrg nk mudah buat majlis kawin buat jer kat dewan siap jer duit nk pakej yg macam mana, nk dewan macam mana yg berkenan. Bora Ombak ni dewan dia mmg cantik sgt.
BalasPadam