Bila adik saya share dalam whatsapp adik-beradik anaknya Eerfan masuk MSSD final untuk acara 80 meter lari berpagar. Sukannya diadakan di stadium Uniten. Kalau Uniten, Putrajaya ni memang dekat sangat la dengan rumah. Hairan pula Uniten ni dikatakan kampus Putrajaya sebabnya area sini Kajang. Bukan Putrajaya. Mana datangnya Putrajaya ni?.
Bila tiba je nampak kakak Eerfan nama Sofiah ni. Sofiah ni dah selesai Final Exam dah kat UIA. In fact tak ada final exam pun katanya tapi buat project sebab student Interior Architecture. Masa ni sibuk pegang makanan sebab Aunty Ena belikan. Masa datang sini saya tak makan lagi jadi belikan sekali la makanan Sofiah.
Ramai pelajar dari sekolah di daerah Sepang. MSSD ni untuk sekolah di daerah Sepang. Kalau kat UPM pun ada MSSD juga. Mungkin di sana MSSD sekolah di daerah Hulu Langat.
Ni lah adik kesayangan Sofiah ni namanya Eerfan. Bersalaman dengan budak sekolah lain yang dia sendiri pun tak kenal.
Kakak melayan kerenah adiknya.
Dah bersiap dengan kasut dah.
Acara padang pun diadakan serentak seperti lempar cakera dan lompat tinggi.
Tengah menantikan pelepasan anak saudara saya ni. Giliran lambat lagi sesambil berdoa sempat la saya tengok sebelum ambik Dania kat Fakulti.
Ada pelajar terjatuh pula dan diangkat oleh staff perubatan.
Sempat pose untuk kamera Aunty Ena.
Sebelah kanan Eerfan tu kawan Eerfan. Bersekolah agama sama cuma kebangsaan je tak sama. Lari pulak sebelah menyebelah. Sofiah kata silap-silap masa berlari pun sempat berborak lagi. 😅
Aunty Ena dah standby depan ni.
Kawan sebelah Eerfan pun dah ke hadapan.
Aunty Ena snap gambar Eerfan melangkah pagar.
Eerfan cepat......
Pada acara akhir 80 meter lari berpagar, Eerfan tidak berjaya menempatkan pada 3 tangga teratas TAPI dapat masuk final MSSD pun dah cukup memberikan pengalaman manis kan?. Boleh la dapat sijil peringkat daerah kan. Kalau dapat top 3 tu bonus la. Boleh bagi markah untuk PAJSK (Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum). Masa Dania sekolah menengah dulu sukan ni Dania tak ada wakil mana-mana pun tapi paling aktif untuk badan beruniform Pandu Puteri Renjer. Tambahan markah Dania untuk PAJSK ni dari badan beruniform dan sebagai pengawas sekolah.
Cuba lagi Eerfan. Panjang lagi masa untuk Sekolah Menengah ni.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.