Bab bab kena queue nak beli tiket ni buat hati sangat berdebar ya. Tak sanggup betul tapi kena buat juga. Ikutkan dengar-dengar dah boleh beli 13 Ogos 2026. Website official yang boleh beli di bahraingp.com dah crash. Langsung tak boleh beli tapi kena call kat call center. Kalau nak beli kat F1 direct pun boleh juga cuma harganya tak ada untuk warganegara Malaysia yang lebih rendah la harganya. Macam Khairul Aming rasanya beli direct kat website F1.
Akhirnya pada 15 Ogos 2026, nampak kat threads ada yang beli tiket pagi ni. So saje buka kat bahraingp dan saya pun queue. Ada 6105 orang depan saya dan masa ialah 19 minit. Ada harga tiket untuk bukan warganegara Malaysia dan warganegara Malaysia. Jangan tersalah klik pula.
Bila tiba turn saya berdebarnya masa isi borang tu tuhan je yang tahu. Tak bolehlah memang akan berdebar sangatlah. Pada 5.05 pagi waktu Bahrain dan Malaysia jam 10.05 pagi, rezekilah dapat tiketnya dan memang aim seat kat sini pun. Alhamdulilah.
Harga tiket ni untuk 3 hari berturut-turut dan nanti Dania pergilah dengan ayah dia. Dah cakap dah disebabkan harga tiket yang tinggi jadi Dania dan ayahnya la pergi berdua. Biar saya dan Dania ke konsert BTS. 😅. Barulah adil kan?...
Alhamdulilah....bila saje-saje saya masuk balik tengok-tengok seat F Grandstand ni dah sold out. Adik-adik saya pun nak pergi juga tapi nak seat kat bahagian lain. Kot terserempak mungkin juga.
Ada sesiapa lagi yang beli tiket F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026?.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.