Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 14

Bali - Jakarta - 23.12.15

Flight pukul 11.35 pagi ke Jakarta jadinya pukul 9 pagi dah bertolak ke Airport. Inilah Pak Musa yang membawa kami jalan-jalan di Bali. 


Departure hall dah ni...



Ummi berat la tolong Dania. Ha....sape suruh shopping beg besar ni? 


Pantang nampak perkataan Malaysia kat luar negara...mesti nak ambik gambar....yeahhhh KLCC in da house yo....


No gate flight Garuda 407 tak keluar screen lagi ni. 


Walaupun Bali ni sikit ajer komuniti muslim tapi ada prayer room kat airport. Kalau kat US, tanya prayer room pun tak faham sebabnya kat airport US tu memang takde prayer room. 


Kita makan yang ringan ajer la kat sini. Ada halal Indonesia. 


Tiket kami ke Jakarta....


Ada dua pilihan makanan kat atas flight ni. Ni pilihan Dania. Nasi lauk ayam lemon. 



Ni lauk saya dan suami. Nasi lauk daging. Ingatkan daging ni masak macam yang hubby makan masa flight kami nak ke Bali...rupanya lauk ni masak kicap ni. Sedap jugak la. 


Bye Bye Bali. Mungkin tak jumpa kot. Lepas ni cover bahagian Indonesia yang lain pulak... 



Hello Jakarta...


Nak tunggu beg kat carousel lama juga la. Saya tetap puji system kat KLIA. Cepat sangat. Lepas tu cari la driver kami kat Jakarta ni. Ambik sehala je. Balik nanti cari je dekat ngan hotel. 



Boleh tengok video Jakarta yang sangat macet (traffic jam) ni...

Ni lah hotel kami sepanjang di Jakarta. Hotel ni attached dengan Mangga Dua Shopping Mall. 


Standard room ni ok la untuk kami bertiga tapi kalau Dania dah 12 tahun kena bilik lagi besar lah. 



Ada TV dan meja untuk buat coffee. 


Warna Warni dinding bilik ni. 



Ada almari baju dan cermin besar. 



Tandas dan bilik mandi terpisah. Konsep terbuka. Maksud saya dinding bilik mandi dan tandas ni tak sampai bumbung. Saya tak berapa suka konsep begini. Tandasnya sangat kecik dan sempit. 


Tandas dan bilik mandi ni dipisahkan oleh sinki ni dengan bilik tidur. 


Memalam ni boleh bancuh kopi atau teh. 



Kit ni semua adalah...


Access card ni penting bukan sahaja nak buka pintu bilik tetapi juga nak buka pintu nak masuk area penginapan. Security memang bagus la. 


Paling syok sebab discover yang Restoran Sari Bundo ni dekat sangat dengan hotel. Jalan dalam 5 minit je kot. Hehe...


Masa makanan ni tiba, airmata saya jatuh. Sebab apa tau?...sebab saya teringatkan arwah papa dan mama saya sebab masa saya sekolah menengah, pernah beberapa kali ke Jakarta dan Restoran Sari Bundo ni yang kami selalu pergi makan walaupun yang kami pergi makan tu kat area Jalan Juanda tapi memang terasa sangat sayunya....  


Ni diantara lauk-lauk yang dihidangkan. Mereka akan kira lauk yang kita makan ajer tapi ada lauk-lauk yang dikira 1 pinggan kalau kita makan walaupun sedikit macam lauk sambal tumis petai udang. Lauk sambal tumis petai udang tu saya sorang je habiskan. 


Depan hotel kami ambik Blue Bird cab nak ke Thamrin City. Terus ajer ada slot shopping sebab adik saya kirim kain dan cikgu Dania kirim telekung. 

Dalam perjalanan nampak tugu tinggi ni. Di atas tu ada emas tulen ya. Entah berjuta rupiah harganya. 


Kat sini memang rambang mata. Ada shopping kain untuk adik, saya dan Dania dan juga telekung untuk cikgu Dania yang kirim. Kain saya dan Dania dah hantar tailor dah pun. 


Sebelum balik meh kita wefie meh... 


Hubby soh Blue Bird berhenti depan Mangga Dua Mall ajer then jalan-jalan lagi kat dalam tu. Katanya attached dengan hotel kan. Dekat je lah. 

Kat tingkat atas Mangga Dua Mall ni ada Food City. Singgah sini dulu nak minum. Food City ni ada traffic light, bangunan, nama jalan, tiang lampu, pili bomba ala ala dalam sebuah bandar. 


Ni nak tunggu bihun hubby order ni. Sesambil tu saya dan Dania minum jus mangga yang sangat sedap. 

Oh ya...ini Pontianak Asli tauuuu  seram tak???


 Kat Jakarta ni kebanyakkan kedai tutup lebih awal sebab esoknya sambutan Maulidurrasul jadinya kebanyakkan toko tutup. 

Boleh baca blog post sebelum ni ya... http://www.eznakhalili.com/2016/01/bali-part-4-221215.html














6 comments:

  1. Replies
    1. Kalau fikir bab traffic jam terus tak best jadinya....

      Delete
    2. Kalau fikir bab traffic jam terus tak best jadinya....

      Delete
  2. sedey plak baca part u teringat arwah ur parents tu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba pulak suzz.... :( kalau pergi branch yg kami selalu makan dulu agaknya lagi i sedih :(

      Delete
    2. Tetiba pulak suzz.... :( kalau pergi branch yg kami selalu makan dulu agaknya lagi i sedih :(

      Delete