Pertunjukkan udara 'Melukis Senja' di Putrajaya

Bila hubby kata ternampak dalam Instagram ada Captain Halim Othman kata jumpa saya sekejap lagi. Untuk apa?

Beberapa hari sebelum Hari Kemerdekaan kita ke 69, ada pertunjukkan udara iaitu Merdeka Sunset Airshow yang diadakan pada :

12 Ogos 2026
20 Ogos 2026
27 Ogos 2026
29 Ogos 2026

Tarikh 30 Ogos 2026, yang kami pergi tak termasuk dalam tarikh di atas tapi ada di war warkan di dalam Instagram. Hubby kata kalau nak pergi kena naik motor sebab mesti sesak atau jalan ditutup untuk persediaan Hari Kebangsaan. 

Saya beranikan diri la naik motor skuter ni first time semenjak dibeli oleh hubby bulan Jan 2026 kalau tak silap. 


Kita parking motor tepi Q Bistro tepi tasik Putrajaya. Pertunjukkan udara dengan tema Melukis Senja diadakan berdekatan dengan Monumen Alaf Baru. Jalan sikit je dari Q Bistro ni. 


Dalam pada itu, hubby dan saya ada order juga air panas dan putu mayam saje nak makan petang. Hubby duduk kat dalam Q Bistro ni je. Pilih meja paling tepi. Hubby dah tengok dah pertunjukkan ni sebab berdekatan je pejabatnya pun. 

Lepas tu nampak seseorang melambai sambil brisk walk tepi tasik ni. Tak perasan siapa...saya siap tanya orang sekitar dan....


Gigih ikut ya....dan....saya panggil Datuk....dan minta izin ambil gambar. Saya cakap nak masuk blog. 😅


Bila saya balik ke tempat saya....tempat saya nak menunggu kapal terbang tiba....on the way ke situ ada sekumpulan girls cakap sesama mereka....eh siapa tu?. Saya kata Datuk Dr. Radzi Jidin. 

Saya a bit excited sebab pernah jadi Menteri Pendidikan masa batch Dania dulu. Beliau bahasakan dirinya 'Pakcik' dengan anak-anak sekolah ni. 


Throwback jumpa Datuk Dr. Radzi kali pertama masa kat kenduri kahwin anak kawan saya. Kiranya Datuk Dr. Radzi masa tu menerajui Kementerian suami kawan saya iaitu Dato' Zainal Abas. Dulu pernah mengulas sukan kat TV. 

Time ni lepas zaman Covid, masih mengenakan facemask. Baru 2 hari dapat keputusan SPM dan 'pakcik' tanya Dania dapat apa untuk SPM dan apply Uni mana....tak sangka la jumpa Menteri Pendidikan berdepan lagi. 


Semua sedang memberi tumpuan. Pesawat berlepas dari pengkalan di Subang. Sebelah saya punya kamera tak boleh challenge. Lense boleh captured dari jarak jauh.


Captain Halim Othman sedang beraksi. Nama macam deejay radio Halim Othman kan tapi bukan yang tu.


Dari kejauhan dah ada warna jingga menandakan malam bakal menjelang. 


Boleh saksikan rakaman dari phone saya. 


Membentuk nombor 69 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 69. Bukan keluarga 69 ya...Hehe


Nombor 6. 


Terbang di udara berlatarbelakangkan awan senja. 


Kamera tak berapa canggih jadi takde la sharp gambarnya. 


Seriau juga tengok kapal terbang ni terbang tinggi kemudian menjunam pula....


Katanya ada lukisan heart / love juga tapi tak perasan pula saya.


Masa tengok Airshow ni, pekerja Q Bistro pun join sekali menontonnya. 


Kapal terbang ni kejap nampak dekat, kejap jauh di mata pula. 


Masa ni rasanya dah last dah ni sebelum balik. Pertunjukkan selalunya 30 minit tetapi kali ni berakhir sebelum azan maghrib berkumandang di Masjid Besi. 


Semua pakat pilih tempat paling tepi. Sambil makan dan minum boleh menonton pertunjukkan udara. 


Puas dapat tengok pertunjukkan udara ni walaupun sekejap je. Teringat dulu masa awal sekolah menengah Dania pernah beritahu saya....ummi kalau Dania cakap Dania nak jadi pilot mesti ummi tak bagi kan? Saya terus cakap tak....😅. Sepatutnya bagi la galakan kan...tapi saya ni seriau kerja kat awan biru ni....entah la....since saya cakap tak....Dania tak pernah tanya saya lagi....

Kawan sekelas masa Asasi UPM Dania, pernah interview untuk mengikuti kadet pilot Malaysia Airlines. Interview kali ketiga tak lepas. Kalau dapat la berbelah bahagi juga samada nak teruskan jadi pilot atau sambung Ijazah di UPM. Perempuan kawan Dania ni. Rezeki nak masuk line mana dah tertulis kan....sambung la kawan Dania tu Ijazah. 

Cadangan naik motor ni memang cadangan yang baik sebab setiba kami kat Putrajaya, kawasan berdekatan sambutan hari kebangsaan semuanya ditutup. Kalau naik motor boleh menyelit....jadi naik atas pejalan kaki pun boleh. Naik atas tu keluar kot sini.....sejauh Istana Kehakiman ada pagar besi. Tak boleh masuk. Kalau motor ni memang tak ada yang menghalang pulak. Jalan kat dalam pula aman damai. Berdekatan tempat sambutan hari kebangsaan ternampak satu keluarga ni bawa picnic blanket dan khemah juga. Mungkin nak booked tempat la dan bermalam kat situ. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.