Rabu, Januari 13

Bali - Part 4

Pagi ni dimulakan dengan breakfast berat sikit. Makan nasi berlauk supaya perut kita tak cepat lapar. Saya tapau nasi putih dengan lauk ayam Lombok. Ayam Lombok ni walaupun ayam kampung tapi besar. Masuk dalam peti ais dan pagi ni panaskan. Roti pula inti serunding. Bawak juga chips. Masukkan dalam mangkuk bertingkat Zebra ni. 


Sebelum Pak Musa datang ambil kami, saya ambik kesempatan ambik gambar sekitar hotel kami. 


Ada swimming pool. Tak mandi pun kat sini. Tak sempat sebab keluar pagi, balik malam. 


Belah kiri tu bilik kami. Memang sebelah swimming pool ajer. 


Close up sikit bahagian luar hotel kami ni. Nak bersantai kat luar pun tak sempat. 


Cafe ni dekat swimming pool tapi tak halal sebab ada masakan babi guling. 


Destinasi pertama kami ke Dreamland Beach. 


Kena jalan kat sebelah sungai yang berwarna keruh sebelum ke Dreamland Beach. Sedikit mencacatkan permandangan. 


Kalau nak duduk kat payung ni kena bayar sewa ye samada nak sewa 1/2 hari atau 1 hari. Kat atas tu kalau nak mandi pool. 


Minta tolong orang kat situ ambik gambar kami.  




Kawasan berbukit ni macam batu karang pun ye jugak. 



Gambar ummi dan Dania pulak. 



Merenung masa depan. 



You and me...


Kat sini ada insiden tengah saya ambik gambar, tetiba seekor anjing jinak berlari. Apa lagi saya menjerit la. Lepas tu anjing tu kelam kabut berlari sampai tergelincir nak naik tangga. Kesian pulak tengok. 



Ambik gambar dulu dengan patung Garuda Wisnu Kenchana yang belah kiri tu. 


Lepas ni ke Krisna pulak untuk tengok apa yang menarik untuk dibawa sebagai kenangan pulang ke Malaysia. Ada jual T-Shirt Bali lah dan macam-macam souvenir. 


End up ini je yang beli. Pensel cute ni ajer. Pak Musa cam terkejut sebab kejap ajer masuk dalam tu. Kan saya kata kami ni not into shopping sangat. 


Selepas itu ke kawasan paya bakau pulak. 


Gambar ni kan spesis ketam kat paya bakau ni. 


Ada menara tinjau kat sini tapi muat untuk 20 orang ajer. Masa kat atas menara tinjau ni orang bertambah jadinya Dania yang perasan. Ummi...menara tinjau ni untuk 20 orang jer jadinya kami cepat2 turun. Kauuuu....dibuatnya terlebih muatan macamana?. 


Boleh lagi nak sambung perjalanan tapi kami patah balik sebab cuaca yang sangat panas. Singgah kat satu gerai tu. Order air dan kami makan bekal kami kat situ. 


Dalam perjalanan boleh nampak masjid. Walaupun 3% ajer muslim kat Bali ni, banyak juga masjid kat sini. 


Singgah Galleria Mall ni dalam 1 jam kot kat sini sebab sebelum ni kan aktiviti berpanas kat paya bakau tu. Kat dalam ni nyaman ajer. 


Sebelum ke Uluwatu, kami singgah solat dulu kat masjid ni. 


Masjid ni sebelah ajer dengan pura. Kalau kat tempat kita jauh la jugak. 



Ni kawasan tinggi kat Uluwatu ni. Kat belakang tu pokok yang mengeluarkan bunga berwarna merah. 


Cantiknya kat sini. 


Kalau nak masuk kawasan ni, pengunjung kena pakai kain berwarna kuning. Bagi yang memakai seluar pendek, kena pakai kain untuk menutup kaki. 


Dania ambik gambar ummi dan ayah tapi ada nampak tangan orang la pulak. 


Monyet memang banyak kat sini. Jaga-jaga dengan cermin mata sebab monyet ni boleh mencuri tau. Ada je saya nampak monyet ni curi cermin mata pengunjung. Staff kat sini umpan dengan makanan. Monyet tu pun buang la cermin mata tu. 


Gambar background pokok berbunga merah lagi. 


Cantiknya ciptaan Allah untuk kita...laut ni boleh nampak batu-batu warna hitam kat dasar laut. Jernih airnya. 



Gambar wefie satu family pulak. Bagi saya permandangan kat Uluwatu lagi cantik berbanding kat Tanah Lot. Kawasan Uluwatu ni lagi tinggi. Tak menyesal la pergi sini. 


Ni kaunter nak beli tiket. 



Balik hotel agak awal hari ni. Tak tapau apa-apa pun. Balik bilik masak le untuk makan malam. Lepas tu packing beg semua sebab esoknya kami akan bertolak ke Jakarta pula untuk 3 hari 2 malam. 

5 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...