Dania tiba UPM dalam 8.26 pagi. Jadualnya 8.30 - 9 pagi sarapan pagi di sini. Dania ada aktiviti Kolej 12 dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk Stencil Art.

Gambar saya dapat dari whatsapp. Dania dengan kawan-kawan sekelas. Ada seorang kawan Dania tu yang menganjurkan aktiviti ni kerana salah seorang Majlis Perwakilan Kolej (MPK) jadi dia ajak la gang sekelas join. Tu yang ramai juga kawan sekelas Dania yang join.
Seronok nampaknya tu....
Lepas tu saya balik rumah dan pick up hubby pulak. Kami nak makan kat sini.
Pernah la Kak Zu dari Rumah Kueh tu cakap makan roti canai kat sini sedap. Tu yang nak try tu.
Kita nak rasa la sate rusa kan. Lembut betul la tak liat macam daging lembu tu.
Roti tampal suami dan saya roti telur bawang. Roti saya lupa pulak nak ambik gambar. Eh ye lah....roti canai dia lembut sangat. Sedap la.
Cicah pulak dengan kari rusa ya. Barulah rare. Ada Nescafe O dan Teh Tarik jugak.
Kari rusa ni sedap juga. Ada la daging rusa dalam ni. Lembut la dagingnya.
Berdekatan memang ada ladang rusa jadi kita ambik kesempatan la bagi makan kan. Harga ni RM5 je. Ada daun ketum ayam dan roti yang disapu molasses sugar.
Rusa kemain beratur ni ha tau ada makanan.
Seram sebab lehernya panjang jadi terkeluar gitu kepalanya.
Kambing ni makan daun ketum ayam la.
Sedapnya....
Rusa pun makan daun ketum ayam ni.
Dah terjatuh daunnya takut pulak saya nak ambik.
Moh la saya bagi makan. Saya tunggu yang besar-besar jauh sikit. Kesian yang kecik ni selalu kena tolak je.
Hai.....ada tak makanan untuk syaye?.
Ni masa jalan balik ni. Ada orang kat sini gantung buah rambutan merah dan kuning juga manggis kat luar. Nak dijual la. Beli la buah manggis, rambutan merah dan rambutan kuning. Harga seikat RM10.
Manggis ni ada rasa masam manis.
Rambutan ni masam rasanya.
Rambutan ni puas hati sebab manis.
Petang sikit barulah Dania balik...
XOXO,
Ezna




















Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.