Sepanjang Dania kerja ni tak pernah la dapat ikut ummi dan ayah kenduri. Selalunya Sabtu dan Ahad kendurinya Dania kena kerja. Tak ada rezeki nak pergi bertiga.
Kenduri kali ini berlangsung di Azue Event Hall dalam Evo Mall, Bandar Baru Bangi. Majlis ni rumah jiran sederet dengan rumah saya. Anaknya kahwin. Hall pula sangatlah cantik.
Kat siling berjurai bunga-bunga.
Pelamin pun cantik sebab banyak betul bunganya. Macam kat dalam taman bunga.
Jalan menuju ke pelamin tu di bawahnya ada lampu LED. Tetamu nak lalu pun takut bukan apa sebab nampak macam kaca kan?.
Bunga di dalam pasu cantik berukuran tinggi sepanjang ke pelamin.
Di kejauhan nampak meja panjang makan beradab.
Jalan yang menuju pelamin ni boleh nampak pantulan dari siling.
Memang cantik dewannya ni.
Close up pelamin nan indah.
Sebelah suami ni jemaah kat surau yang datang tanpa pasangan jadi join la kami berdua. Beliau bercerita anaknya lelaki nak kahwin dengan orang Kazakhstan dan banyak la prosedur kena lalui. Bakal menantunya kerja di salah satu syarikat di Malaysia. Bila imigresen Kazakhstan key in dalam sistem nama sekali dengan bin tanpa 'surname' jadinya akan ada masalah jika nak daftar perkahwinan sebab perlukan nama sendiri dan 'surname'. Imigresen key in mengikut nama di dalam passport. Kita mana ada 'surname' kan terus nama kita dan ayah. Anaknya hampir give up la nak handle sebab kena pergi dapatkan surat dari kedutaan, kemudian ke imigresen kemudian daftarkan perkahwinan barulah selesai semua dan dibenarkan berkahwin. Akhirnya....
Nak dijadikan cerita, besannya iaitu bapa kepada menantunya sama sekolah / sama batch pulak tu kat MRSM Beseri. Terjumpa dengan hubby masa kat surau. Kecik dunia ni ya?.
Ni lauk pauk yang saya makan. Saya ambil nasi putih.
Masa ni tunggu hubby dan yang duduk dengan kami ni ambik makanan. Saya cop tempat je la. Hehe
Nak ambik makanannya kat hujung sana tu.
Ni lah pengantinnya.
Memperkenalkan Irfan & Melissa. Anak jiran saya yang perempuan.
Peramah juga Irfan ni. Saya kata pandai pilih yang cantik ya?. Happy la Irfan.
Lagi gambar pengantin.
Bila kami nak balik, yang duduk dengan kami tu pun nak balik.
Marilah kita wefie....sempat juga saya ambik gambar jiran saya dan keluarga.
Saya dan jiran saya ni Dr. Mohd Khafidz Mohd Ishak. Beliau adalah Dr pakar ketagihan dadah jadi pernah bagi talk pasal ketagihan dadah kat surau. Isteri Dr Khafidz bernama Kak Rabiah. Patut la anaknya Melissa lawa. Tengoklah Kak Rabiah pun. Kak Rabiah pakai warna Strawberry Matcha. Saya pula lebih senang jubah hitam je. Beg tangan pun hitam.
Tahniah buat kedua ibu bapa dan pengantin. Moga dikurniakan perkahwinan yang bahagia.
Hari ni hari terakhir Dania part-time kat Watsons. Alhamdulilah, jadualnya Dania kena kerja pagi dan balik petang. Macam kejap je masa berjalan....jadi, lepas ni komitmen Dania menjadi seorang pelajar. Kena bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred yang baik. Insya-Allah.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.