Kebetulan hari selasa 17 Nov 2026, kelas pagi Dania habis awal dan kelas petang tak ada pula. Kelas habis awal sebab Dania ada test. Masa hantar tu sibuk la membaca apa yang patut kat IPad.
Ni dah sampai IOI City Mall la ni. Kami ke Watsons Pink. Baru buka je ni kat IOI City Mall. Sekarang kat IOI City Mall ada 3 Watsons (Satunya Watsons Pink dan lagi 2 tu Watsons biasa).
Usher sebagai duta perfume Ralph Lauren.
Kalau nak beli kat FamilyMart ni kena guna self check out counter. Nak beli Oden je baru bayar manual.
Mula-mula makan ice cream dulu. Ada perisa vanilla blue sea salt sofuto dan brown sugar sofuto. Saya pilih vanilla blue sea salt sofuto tu. Kemain tinggi atas dia tu. Hehe. Rasa dia tak manis la berbanding brown sugar tu.
Kemudian makan oden sebab saya rasa nak makan yang bersup dan simple je.
Atas ni Dania punya. Dania kata sedap.
Bawah pula saya punya. Letak bihun dengan sup fish ball dan pilih korean fish cake. Tu je saya nak makan. Nak kosong gitu je. Dania kata rasa sup saya ni macam sup yang saya selalu buat kalau makan bihun sup.
Dah lama sebenarnya tak makan Oden.
Kemudian jalan ke Padini sebab Dania nak tengok kolaborasi dengan Mofusand tapi sebelum tu ambik gambar dengan kolaborasi BT21.
Tak beli pun apa2 BT21 kat sini. Tumpang ambik gambar je.
Baju Mofusand ni cantik cuma saiz je tak ngam.
Ni lagi Mofusand.
Sweater Mofusand.
Masuk pulak JD Sports. Comel 2 kasut Puma ni. Puma hitam ada charm bunga warna pink dan Puma putih ni....unik sikit sebab design putih maroon ni hanya ada khas di JD Sports je. Buckle tepi dia berbentuk bunga. Ni pun tengok-tengok tak beli pun.
Kadang-kadang suka juga jalan-jalan tengok latest trend dalam fashion etc....
XOXO,
Ezna












Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.