Kari kepala ikan RM100++ ??? Biar benar?

Hari Ibu di mana? Pada 10 Mei 2026, hubby ajak makan kari kepala ikan kat Kg Attap, Kuala Lumpur. 


Kami menuju ke sini. Kami pilih tempat duduk belah kanan tu. 


Ada juga tempat makan berhawa dingin selang beberapa kedai dari sini. 


Depan Restoran ZK.....


Kami order set kari kepala ikan. 


Close up Kari Kepala Ikan bersaiz sederhana. 


Set ni didatangkan dengan bawang cili hijau berkicap. Eh...sedap la.  


Papadom. 


Sayur campur ada taugeh, lobak merah dan kobis. 


Ni asing ni Dania punya ayam goreng berempah. 


Nampak sedap kari kepala ikan ni....jom rasa.....sedap ke idok?. 
Ternyata sedap ya. Makan korek-korek kepala ikan ni. Isi banyak ya. 


Kalau nak duduk bahagian dalam ni pun boleh tapi rasa sesak sangat dengan orang beratur lagi ni. 


Ada monorel lalu depan Restoran ZK. 


Tekaan saya dan Dania salah ya....kami ingat kepala ikan ni berharga RM50++ tetapi harganya ialah RM120 kepala yang bersaiz sederhana. Kalau kepala ikan saiz besar pula RM200 satu kepala. Jadi, total kami makan kat sini dengan air ialah RM150++. Sekian.....

Kari kepala ikan RM120? Ya...benar....sahih.....😁

Mahal ke murah kepala ikan ni sebenarnya? Tanya dengan nada ingin tahu sebab tak pernah order kepala ikan 🐟 kat restoran mamak. 😅 . Kalau teringin sangat lain kali, beli kepala ikan je kemudian saya yang akan masak....huhuhu.....masak sendiri lagi puas hati. 




XOXO,
Ezna

 

3 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Area situ memang mahal Ezna...maybe boleh cari kat tempat lain kot...kat Tugu Negara pun ada..rasanya bawah RM100...tapi nak buat camne kan..sekarang semua benda mahal...sebab tu sesekali je la SA makan kat ZK tu...

    BalasPadam
  2. Kalau kedai mamak, paling seram harga kepala ikan, udang dan sotong. Tak tahulah nak kata mahal ke murah, tapi kalau rasa sedap OK juga.

    BalasPadam
  3. kalau masak sendiri boleh la dapat below rm100 untuk beli kepala ikan tu...linda tengok ikan besar2 tu pun harga boleh tahan juga..hihihi..kita ni selalu beli ikan kembung, ikan sardin je...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.