Beli susu fresh lagi

Kami pergi lagi ke tempat Dania amali tu...depan sikit dari Farm Freash @ UPM tu ada tempat lembu tenusu UPM. 

Kami pergi ni hari ahad. 


Mulanya Dania dan ayahnya turun kereta la. Saya tunggu dalam kereta tapi akhirnya saya turun. 


Dania kata anak-anak lembu ni dah keluar dah. Masa sebelum ni ianya diletak kat satu kawasan. Sedapnya nampaknya mereka makan rumput ni.  


Kat hujung sekali kakak tu tengah bagi lembu minum susu. Dania la panggil kakak. 


Dah dapat dah susu lembu fresh. Kena masak sehingga nampak mendidih sikit dan naik wap dah kena tutup api ya. Satu botol ni RM8. Ok la kot harganya tu. Kalau orang India kata Dania sekali borong 8 botol susu. Dania tahu masa sibuk amali kat sini la selama 2 hari dulu tu. 


Susu ni memang saya tak suka kecuali dah dicampur dalam air / masakan yang tak ada rasa susu dah ya. Minum sahaja memang saya tak suka 😅

Ada yang suka minum susu?




XOXO,
Ezna




 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.