Kari kepala ikan RM100++ ??? Biar benar?

Hari Ibu di mana? Pada 10 Mei 2026, hubby ajak makan kari kepala ikan kat Kg Attap, Kuala Lumpur. 


Kami menuju ke sini. Kami pilih tempat duduk belah kanan tu. 


Ada juga tempat makan berhawa dingin selang beberapa kedai dari sini. 


Depan Restoran ZK.....


Kami order set kari kepala ikan. 


Close up Kari Kepala Ikan bersaiz sederhana. 


Set ni didatangkan dengan bawang cili hijau berkicap. Eh...sedap la.  


Papadom. 


Sayur campur ada taugeh, lobak merah dan kobis. 


Ni asing ni Dania punya ayam goreng berempah. 


Nampak sedap kari kepala ikan ni....jom rasa.....sedap ke idok?. 
Ternyata sedap ya. Makan korek-korek kepala ikan ni. Isi banyak ya. 


Kalau nak duduk bahagian dalam ni pun boleh tapi rasa sesak sangat dengan orang beratur lagi ni. 


Ada monorel lalu depan Restoran ZK. 


Tekaan saya dan Dania salah ya....kami ingat kepala ikan ni berharga RM50++ tetapi harganya ialah RM120 kepala yang bersaiz sederhana. Kalau kepala ikan saiz besar pula RM200 satu kepala. Jadi, total kami makan kat sini dengan air ialah RM150++. Sekian.....

Kari kepala ikan RM120? Ya...benar....sahih.....😁

Mahal ke murah kepala ikan ni sebenarnya? Tanya dengan nada ingin tahu sebab tak pernah order kepala ikan 🐟 kat restoran mamak. 😅 . Tak pernah beli juga kat pasar. Selalunya beli ikan ajer....Kalau teringin sangat lain kali, beli kepala ikan je kemudian saya yang akan masak....huhuhu.....masak sendiri lagi puas hati. 




XOXO,
Ezna

 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Area situ memang mahal Ezna...maybe boleh cari kat tempat lain kot...kat Tugu Negara pun ada..rasanya bawah RM100...tapi nak buat camne kan..sekarang semua benda mahal...sebab tu sesekali je la SA makan kat ZK tu...

    BalasPadam
  2. Kalau kedai mamak, paling seram harga kepala ikan, udang dan sotong. Tak tahulah nak kata mahal ke murah, tapi kalau rasa sedap OK juga.

    BalasPadam
  3. kalau masak sendiri boleh la dapat below rm100 untuk beli kepala ikan tu...linda tengok ikan besar2 tu pun harga boleh tahan juga..hihihi..kita ni selalu beli ikan kembung, ikan sardin je...

    BalasPadam
  4. mmg biasa dgr tmpt ni tp ada baca mahal...tp kalo dh mamak mmg mahal...biasa mkn kalo kt kedai melayu dlm range rm 50-80

    BalasPadam
  5. Pernah beli dekat restoran di Selayang, RM30, itu pun rasa mahal dah 😅
    Tapi sekali sekala okay je esp for a special occasion camni kan

    BalasPadam
  6. Wow..Bleh tahan harganya tu sis...Mampu masak sendiri aje la =D

    BalasPadam
  7. Pernah nampak kedai mamak siap letak harga kepala ikan, memang mahal tapi sedap orang kata.

    BalasPadam
  8. Kiteorang pernah pergi makan kari kepala ikan di D'Tugu tak jauh dari Taman Tugu. Harganya dalam lingkungan 70 - 100+. Rasanya agak mahal jugak tempat yg sis Ezna pergi ni tapi kalau sedap ok la berbaloi jugak dengan harga tu 😄

    BalasPadam
  9. Makan Kari Kepala Ikan yang paling best adalah bila ada orang belanja yakni free. Pernah makan dulu kat Kari Kepala Ikan Stadium. Kat Stadium merdeka 20 tahun ++ dulu.

    BalasPadam
  10. memang ratenya gitu...anyway i tak suka kepala ikan hahh just suka bahagian ekor or isi tgh tu jer... sedap la nampak kari tu...i suka masakan kari (kari is my late father's fav jugak)

    BalasPadam
  11. Kalau sedap tak terasa sangatlah dgn harga tu... Mungkin berbaloi.
    Masak sendiri ofkos lebih jimat 🤣

    BalasPadam
  12. Kalau nak bandingkan dengan harga di restoran Padang Pagi Sore yg termasuk luxury, harga di atas mahal kak 😂.

    Soalnya saya cek harga di Pagi Sore, yg extra jumbo gulai kepala kakap harganya Kurang lebih Rp 350k. Makanya msh dibawah RM109 😄

    Yg size sedang hanya Rp 200k

    Kalau makan di rumah makan yg bukan luxury, ofkors LBH murah lagi 😄

    BalasPadam
  13. mahalnya RM120...... cekik darah betull.
    ayah sayala suka betul dgn kari kepala ikan ni. tpi tk pernah makan kat kedaila, biasa masak sendiri je hehe

    BalasPadam
  14. Restoran kat Kg Attap ni pernah viral dulu ni Kak Ezna..pernah tengok dulu harga kari kepala ikan dia paling murah RM75..sekarang lagi mahal ye....
    Tapi kalau sedap puas hati kan...sekali sekala untuk hari Ibu....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.