Tarikan unta di House of Kambing?

Dari rusa, ke unta pula?. Selepas balik dari Ladang Rusa tu tetiba hubby kata mula rasa lapar pulak. Kat mana nak makan ni?. 

Akhirnya kami ke sini...House of Kambing. First sekali nampak unta. Hubby kata tak habis-habis tengok haiwan ni. 😁. Saya suka tapi saya takut. 


Ni lah House of Kambing. Ramai juga yang makan kat sini. 


 Memang singgah sini dulu pegang-pegang unta. Unta ni kan jarang nampak. Lain lah kat negara Arab tu haa....


Ada dua ekor unta kat sini. 


Saya adalah pegang badan unta ni. Kasar la bulu dia. 


Close up muka yang sibuk mengunyah je ni. 


Dania kata mulut unta ni busuk 😆. Ayah kata dia tak gosok gigi. 


Kalau perasan kan...bulu mata dia panjang sangat. 


Datang nak makan kan...sibuk pulak nak main dengan unta. Ni air asam boi. 


Hubby Teh O suam limau. 


Dania air kosong je la ya. 


Ramai yang menjamu selera kat sini. 


Makanan kami dah sampai. Order set daging kambing grill yang boleh makan bertiga. Nasi dalam set tu cuma ada 2 je jadi top up lagi satu lah. Dapat juga kari dalam set ni. 


Close up kambing grill masak kicap. Sedap sangat. 


Nasi didatangkan dengan kobis, timun dan sambal. 


Berdekatan ada juga rumah kambing. 


Masa saya pergi ni kambing dah jauh ni. 


Ni Dania ambik gambar lepas makan...Dania terus ke rumah kambing. 


Kambing datang dekat dengan Dania. 


Ni lagi lah posing kat kamera phone Dania. Hehe. 


Unta kat sini bila saya tanya staff rupa-rupanya untuk tarikan ajer. Memang ya pun ramai la up close and personal dengan unta ni. 

Dua hari cuti Sabtu dan Ahad diperuntukkan untuk melihat haiwan. Ayam, rusa, kambing dan unta. 😁. Tema weekend kali ni haiwan ya. 





Makanan macam mana? Sedaplah....

House of Kambing
Jalan Maeps 4/1
43000 Kajang
Selangor 
Tutup setiap hari Jumaat 
11 pagi - 6 petang




XOXO,
Ezna

5 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. rare lah ada unta sbb jrg kot kat msia ni...kambing tu posing memang nampak mcm senyum kambing sgt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...elok je kambing tu posing....kelakar tengok mukanya....macam tau je depan tu kamera.

      Padam
  2. Lepas Rusa, Unta pulak..menariknyaaa...seronoklah Dania yang suka haiwan kan...
    Saya macam Kak Ezna..suka tengok, tapi janganlah suruh dekat sangat or pegang, seriauuu...

    BalasPadam
  3. Pernah 1x je makan kat situ. Nanti macam nak repeat lagi makan. Sedap2 kambing kat situ.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.