Ladang Rusa Dengkil

Dari tempat beli buah naga tu kami menuju ke sini. Niat di hati nak tengok ladang rusa di Sg, Buah Dengkil ni. 


Ada tempat makan juga yang menghidangkan menu daging rusa. Ni memang rare la kan. 


Menu daging rusa....agak2 masak apa yang kita nak cuba?. 


Rusa tengah berehat tapi tunggu la kalau dia nampak kita bawak bakul. Nampak tak yang digantung ni? Ini adalah kalsium blok. 


Dalam bakul ni ada daun ketum ayam dan roti yang disapu gula merah. Harganya RM5/bakul. 


Ni baru rusa kat bahagian bawah ni. 


Ada kambing pygmy jugak. 


Rusa ni kalau nampak bakul je mula la nak mengikut. 


Kawasan ladang ni berbukit. 


Dah habis dah. 


Rasanya ada beberapa jenis rusa yang dibela di sini iaitu rusa sambar dan rusa bintik. Ada lebih kurang 200++ ekor rusa kat sini. 



Rusa belah kiri ni yang mempunyai tanduk yang besar tu. 


Dania tak lepaskan peluang la nak mengusap badan rusa-rusa ni. 


Mengikut je la Dania ya. 


Menyeramkan la bila rusa ni dah start keluarkan tengkuk dia. Menjerit gak saya sebab geli. 


Pandai posing kat kamera ya?....


Lepas tu kami minum dulu la dekat Warung Rusa. Tak makan pun sebab masih terasa kenyang lagi. Next time nak repeat lagi sebab nak makan daging rusa. Kalau tak silap, ada jual juga daging rusa sejuk beku. Daging rusa ni rare tak tahu la nak masak apa kalau beli. 

Ladang Rusa Dengkil 
Jalan Kebun, Kg. Sg Buah
43800 Dengkil
Selangor




XOXO,
Ezna












 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.