Bila Dania kena menjaga anak ayam | Sains Poltri

 Hai....selamat datang ke pusat penjagaan ayam saya....

Ni masa ayam baru tiba. Katanya baru menetas kat tempat penetasan ayam di Rembau, Negeri Sembilan. Comelnya anak-anak ayam ni. Diasingkan mengikut jantina ya. 

Dania dan kawan-kawan dibahagikan mengikut group masing-masing. Group Dania ada 4 orang. Masa awal-awal ni ayam ni kena diajar cara nak makan dan minum. Kalau makan tu kena ketuk-ketuk kat tempat makan tu. Dania masa buat demo kat ayam-ayam tu cara makan...ada seekor anak ayam mengikut je tangan Dania kemudian patuk. Hehe....

Lecturer kata anak-anak ayam ni aktif dan suka melompat. Kena berhati-hati bila membuka pintu rumah ni sebab takut melompat keluar. 


Amboiiii melepak pulak dia ya. 


Ni Dania tukar paper yang melapik tempat ayam ni. Kalau tak letak, kaki ayam termasuk la kat jaring-jaring tu. Lagi pun nak bagi tinja ayam tak jatuh ke bawah. 


Comel anak ayam ni tapi saya takut-takut juga nak pegang. Hubby yang bawa naik SUV ke sini sebab jalan ladang ni berlopak-lopak jadi kena berhati-hati la. Hubby yang offer kan diri sebenarnya. Saya ok je sebab seram juga nak bawa kereta bila berlopak-lopak ni. 


Time Dania nak menukar paper, time tu la dok berkumpul kat situ. 


Close up ayam. Semua ayam yang Dania dan group jaga ni ayam betina. Tak boleh campur jantina. Ada group yang kena menjaga ayam-ayam jantan. Bezanya nanti bila dewasa, ayam betina ni ringan la beratnya berbanding ayam jantan. 


Say cheese....


Kenapa kena pasang lampu kat sini? Sebabnya ayam-ayam ni sejuk. Ni mereka duduk snuggle dekat-dekat. 


Kena bagi air anti stress. Kalau google katanya air ini mengandungi vitamin dan elektrolit. 


Diletakkan di dalam bekas air  ni. 


Dania letakkan dalam tempat ayam dengan berhati-hati. Kena pastikan tak ada ayam yang keluar. 


Nampak ayam ni macam ni ingatkan sakit tapi bila kejutkan dia rupanya mengantuk nak tidur. Kena pastikan ayam-ayam ni aktif kata Dr. Kena sentiasa juga pastikan ayam-ayam ni sihat...tak ada luka di badan.  


Kena top up juga makanan ayam. Kena datang pagi dan petang ya. Sungguh-sungguh kena jaga ni dan mengikut jadual penjagaan yang ditetapkan. Harap-harap kumpulan Dania semua rajin-rajin la. 


Makanan diletakkan di dalam ni. Ada 2 bekas makanan dan 2 bekas minuman. 


Rumah ayam ni 3 tingkat. Setiap group kena menjaga 60 ekor anak ayam selama 30 hari. 


2 set makanan dan 2 set minuman...ok settle. 


Gambar atas semua aktiviti waktu pagi. Bawah ni semua gambar aktiviti waktu petang. Kami tiba dalam 5.15 petang macam tu. Ada beberapa kawan Dania dah bertolak balik. Bila tiba je cuma ada Farah ajer. Farah ni yang Dania baik kat kelas. Jadi saya offer je...nak balik ikut Aunty je la. Dah petang dah pun. 

Dania tukar paper yang baru. Selesa la ayam ni dah tukar 'cadar' baru. 


Dah tukar cadar baru dan ada kesan tinja jugak. Hehe. 


Ayam ni nampak macam lemah-lemah je. Bila Dania usik-usik dia bangun. Mengantuk rupanya. 


Comelnya tidur dekat-dekat sebab sejuk kot. 


Dania dengan Farah sebelum bertolak balik. 


Berkawan elok-elok ya. 


Hands on yang menarik untuk semester ini. Proses mereka menjaga ayam ni dari kecil sehingga berumur 30 hari. Kena bagi makan dan minum 2 kali sehari tapi bila anak-anak ayam ni dah besar kena bagi makan 3 kali sehari. Mencabar jugak tu....Dr kata first 2 weeks comel la ayam ni. 

Moga semua anak ayam ni membesar dengan sihat. Time ni agak kritikal kerana ayam-ayam ni pun senang nak mati. Kena jaga persekitarannya....Saya dah top up kan 8 suratkhabar dah. Nak mencarinya satu hal la. Susah nak jumpa kedai yang menjual suratkhabar. 

Oh ya bila dah dewasa, setiap group akan sembelih ayam-ayam masing-masing. Memang dari penjagaan sehingga ke proses sembelih mereka kena handle sendiri. Dalam group Dania ada seorang lelaki yang baru masuk Islam...errr kita minta David je la yang sembelih. Hehe....




XOXO,
Ezna




23 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kena komited la ye... Anak² ayam ni fragile lagi baru lahir kan...
    Salute dgn Ezna & husb, supportive 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab baru lahir jadi lepas ni kena vaksin jugak anak-anak ayam ni. Kebetulan suami nak tolong hantarkan...alhamdulilah la jugak.

      Padam
  2. Boleh Dania jaga sambil nyanyi lagu Ayam Jalil Hamid

    BalasPadam
  3. Comelnya!
    Mencabar juga jaga anak ayam. Harus teliti bab kesihatan mereka.

    Betul zaman sekarang dah jarang ada suratkhabar kn, semua dah jadi digital

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mencabar Cuya....kena bagi makan dan minum pagi petang.....lepas tu kena bersihkan lapik dia tu takut banyak sangat tinjanya.

      Padam
  4. kiranya lps anak2 ayam ni besar, kena hantar tempat sembelih lah kan? utk tuai hasil tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah masuk 30 hari, student ni sendiri kena sembelih ayam masing2. Setiap group roughly 60 ekor ayam Suzz.

      Padam
  5. comelnya anak ayam. bestlah dpt pengalaman jaga makan minum ayam ni. banyak prosesnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...leceh juga. Orang yang berani je boleh...nak tukar paper tu dengan tinja yang banyak pun akak tak berapa sanggup. Kalau ayam dah besar nak kena bagi makan 3 kali sehari pulak.

      Padam
  6. Comelnya.. menarik juga course ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berani nak pegang kambing, lembu dan ayam boleh ambik course ni. 3 jenis haiwan ni mereka kena handle masa amali nanti.

      Padam
  7. Kena berani pegang binatang la kalau nak ambil kos macam dania ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....anaknya berani nak pegang...umminya sorry la...penggeli dan takut....

      Padam
  8. Omg harus sembelih sendiri nih, boleh student lelaki saja 😅😅😅. Tak sanggub saya memang kuliah di jurusan ini. Saya nih penyuka kucing, anjing dan gajah saja. Hewan unggas ini memang tak masuk radar saya, geliii 🤣🤣.

    Tahan Dania dengan poop mereka yaa... Salut lah.

    Macam manalah bedakan ayam jantan dan betina kalau msh kecil. Kalau sudah besar kliatan perbedaan nya. Tp kecil nih tampak sama semua

    BalasPadam
  9. Tgk anak2 ayam ni trigt masa kecik2 dulu. Kita duk kejar anak ayam, tapi mak ayam kejar kita plk. =D

    BalasPadam
  10. Alamak comelnyaaaa...SA suka...sebab dulu Abah bela ayam masa kami duduk PD..memang beli kat ladang anak- anak ayam daging...nanti tanya Dania macam mana nak tau ayam tu betina ke jantan...

    BalasPadam
  11. Comelnyaaa..tapi kalau saya pun tak berani nak pegang Kak Ezna...ayam tak melompat, saya yang melompat hahaha...
    Baru nak tanya nanti-nanti ayam-ayam ni jadi apa..sekali kena sembelih jugak ye...
    Tapi takpela..proses pembelajaran kan...kalau tak tautau hehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.