Dari rusa, ke unta pula?. Selepas balik dari Ladang Rusa tu tetiba hubby kata mula rasa lapar pulak. Kat mana nak makan ni?.
Akhirnya kami ke sini...House of Kambing. First sekali nampak unta. Hubby kata tak habis-habis tengok haiwan ni. 😁. Saya suka tapi saya takut.
Ni lah House of Kambing. Ramai juga yang makan kat sini.
Memang singgah sini dulu pegang-pegang unta. Unta ni kan jarang nampak. Lain lah kat negara Arab tu haa....
Ada dua ekor unta kat sini.
Saya adalah pegang badan unta ni. Kasar la bulu dia.
Dania kata mulut unta ni busuk 😆. Ayah kata dia tak gosok gigi.
Kalau perasan kan...bulu mata dia panjang sangat.
Datang nak makan kan...sibuk pulak nak main dengan unta. Ni air asam boi.
Hubby Teh O suam limau.
Dania air kosong je la ya.
Ramai yang menjamu selera kat sini.
Makanan kami dah sampai. Order set daging kambing grill yang boleh makan bertiga. Nasi dalam set tu cuma ada 2 je jadi top up lagi satu lah. Dapat juga kari dalam set ni.
Close up kambing grill masak kicap. Sedap sangat.
Nasi didatangkan dengan kobis, timun dan sambal.
Berdekatan ada juga rumah kambing.
Masa saya pergi ni kambing dah jauh ni.
Kambing datang dekat dengan Dania.
Ni lagi lah posing kat kamera phone Dania. Hehe.
Unta kat sini bila saya tanya staff rupa-rupanya untuk tarikan ajer. Memang ya pun ramai la up close and personal dengan unta ni.
Dua hari cuti Sabtu dan Ahad diperuntukkan untuk melihat haiwan. Ayam, rusa, kambing dan unta. 😁. Tema weekend kali ni haiwan ya.
House of Kambing
Jalan Maeps 4/1
43000 Kajang
Selangor
Tutup setiap hari Jumaat
11 pagi - 6 petang
XOXO,
Ezna



rare lah ada unta sbb jrg kot kat msia ni...kambing tu posing memang nampak mcm senyum kambing sgt!
BalasPadamHehehe...elok je kambing tu posing....kelakar tengok mukanya....macam tau je depan tu kamera.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.