Pada 30 Januari 2026, hari jumaat baru-baru ni, kami ada ke Sisik Sehijau Dedaun untuk breakfast. Pergi 2 kenderaan sebab lepas tu masing-masing ke destinasi masing-masing. Hubby nak terus ke tempat kerja. Saya pernah la makan kat sini sebelum ni. Ni kiranya kali kedua kami.
Order kopi Johor dan kopi Perak. Saya pula makan cucur bilis.
Dania kuetiau sup. Didatangkan dengan cili kicap.
Bila semua makanan atas meja. Lagi sekali susun atas meja. Hubby ambik ubi rebus dengan lepat pisang.
Close up cucur bilis. Kecik je saiz dia. Makan dengan sambal ikan bilis.
Kopi Perak saya didatangkan dengan 3 keping biskut kering. Macam saya makan di kampung dulu masa kecik-kecik Pah buat kopi cicah biskut kering.
Close up lepat pisang dengan ubi rebus dengan kelapa.
Ni pula kopi Johor.
Lepas makan, berpisah la dengan hubby sekejap. Saling bersalaman dan berpelukan dulu. Lokasinya sama je cuma tempat je berbeza. Saya dan Dania nak ke Hari Terbuka Putrajaya 2026. Post lepas ni la ya...
Boleh pulak nak keluar tempat ni tersesat pulak. Hehe....nasib baik jumpa jalan keluar.
XOXO,
Ezna







Cantik namanta: Sehijau Sesisik Dedaun.
BalasPadamPilihan menu pun menarik, seolah-olah sarapan di rumah sendiri pula.
Nama dia unik. Menu pun macam yang biasa kita sarapan....
PadamApa la beza kopi Johor & Perak tu ye?
BalasPadamKatanya kopi Johor lebih pekat dan kopi Perak lebih nipis.
PadamBest ni.. kopi asli cicah biskut kosong tu.. lepat pisang dgn ubi rebus tu just nice nak mkn petang hihi..
BalasPadamKalau gi area UPM tu dekat dah nak singgah MAEPS ni Afif
PadamKopi dengan biskuit, sedaaap. Walau skr saya dah lama tak minum kopi dengan biskuit lagi 😄.
BalasPadamLepat pisang dah rare sangat di JKT . Susah cari yg jual. Kdg saya minta mama utk buatkan kalau sedang mudik ke medan
Kakak pun sebenarnya tak suka kopi tapi di sini kakak minum tapi perlu kopi yang hitam ini tanpa susu. Ohhhh ada juga lepat pisang ya. Mama kakak dulu selain lepat pisang buat juga lepat labu (pumpkin).
PadamAda kak. Tp banyak di sumatera yg buat. Terutama Aceh. Jawa ini lain sikit kue2nya 😅😅. Secara saya lama di Aceh, jadi lebih familier dengan kue2 di Aceh dan Medan juga. Malaysia pun mirip, sebab lebih dekat juga kan dr segi geografis.
PadamUbi Rebus tu sedapnya...
BalasPadamSamala Kak Ezna, Opah saya dulu pun suka makan Biskut Kering cicah Kopi O Panas😍
Nak cari jugak la kedai ni nanti. Ubi rebus tu sedapnya.
BalasPadamkebetulan semlm pun i bf mkn cucur jugak (nak buat entry utk esok hahaah) anyway, i sgt suka lah nama cafe ni. unik sgt2!!
BalasPadamBiskut tu boleh buat alas perut dulu sementara makanan sampai.
BalasPadamokey boleh masuk list..mana tau tetiba sesat kat area tu..haha...kuew tiow soup tu nampak sedap...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.