Baru-baru ni diadakan majlis kesyukuran sempena masuk rumah baru di kawasan saya. Selain itu ada doa selamat sempena tuan rumah nak pergi menunaikan haji. Actually ini bukan pertama kali tuan rumah menunaikan haji ni....katanya dah untuk kali keberapa dah ni. Yang beritahunya kawan lama kepada tuan rumah.
Tuan rumah yang lelaki ni baru pertama kali jiran-jiran kenal sebab rumahnya baru siap. Beliau merupakan exco Kedah. Adalah Datuk ni. Ada rumah area Kajang. Kalau tak silap isteri dan keluarganya kat Kajang manakala beliau kat Kedah. Ulang alik la ke Kajang (kalau tak silap saya la). Beliau juga merupakan ahli politik dari XXX. Masa memperkenalkan diri kat surau, beliau kata beliau orang politik dan tak nak membahaskan pasal politik....ye lah politik ni kadang-kadang buat orang geram ya tak?. Mungkin baru di kawasan ni jadi tak nak la cari masalah pulak kan?.
Rumahnya terletak di hujung sekali. Renovasi rumahnya makan berbulan jugak. Baru siap....nasib baik la bukan sebelah rumah saya. Kalau tidak terganggu la dengan bunyi bising. Saya ni senang terganggu dengan bunyi bising. Saya suka keadaan yang tenang dan senyap.
Hubby datang lewat sikit sebab mengikut group kariah surau selepas Isya'. Jadi saya dan Dania awal sikit la 8.45 dah tiba. Bau kambing bakar dah sampai rumah saya walau rumah Datuk ni hujung sekali. Bau tiba dulu.
Jadi....semeja dengan kawan baik tuan rumah (Datuk) yang dah kenal berbelas tahun sebelum Datuk ni berkecimpung dalam politik lagi. Beliau juga ahli lembaga pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Seronok la berborak dengan beliau dan isterinya. Banyak yang berilmiah la seperti Dr. Perubatan Veterinar. Kebetulan the only Uni kat Malaysia yang ada Dr. Perubatan Veterinar ni di UMK dan UPM sahaja. Dania pula program Sains Haiwan jadi lagi rancak la berborak. Ada juga off record yang diceritakan tapi biarlah off record. Katanya dalam bidang Veterinar dan haiwan ni kalau nak belajar pasal haiwan liar dan ladang yang besar boleh la ke UMK. Kalau nak belajar pasal teknologi boleh la ke UPM. Ohhhh.....satu ilmu penting yang saya tahu juga. Tapi tu la bila dah dapat Universiti awam ni bukan la boleh piih nak dapat UMK ke UPM ke....rezeki dapat yang mana kan?. Bersyukur juga la kat UPM ni....sebab teknologinya dalam Sains Haiwan ni. Isterinya juga bila nak sebut baka kucing-kucing peliharaannya tanya Dania....dan Dania boleh jawab....seekor Bengal dan seekor lagi Scottish Fold sebab telinga macam tertutup. Bengal tu bentuk ala ala harimau bercorak / kek lapis.
Hubby dan kariah surau baru tiba dan duduk belakang saya. Kalau dah namanya orang dalam IPT ni memang banyak la cakap. Saya dah senggol dah kaki Dania. Hehe. Kadang-kadang macam mana nak bagi fullstop ni?. Errr saya kenalkan la hubby kat beliau dan ada la fullstop. Hehehe. Saya dan Dania pun jauh-jauh sikit la. Tunggu hubby habis kami balik sekali.
Saya jenis tak sampai hati biarkan mereka yang semangat bercakap tu. Saya akan tanya soalan. Dari situ saya akan dapat info baru. Bila tanya soalan lagi bersemangat la orang tu bercakap. Ahhhh sudah.....tu yang tak ada fullstop tu. 😅
Rumah memang cantik la. Ada pergola kat luar. Kebetulan kat sebelah sini ada mengalir sungai kecil. Lagi la tenang je kan....Best duduk hujung sebab privacy sikit. Tak ada la orang parking merata depan rumah.
Ni pula alang-alang cerita pasal jiran..... kita cerita jiran lain pulak. Saya dapat rezeki ni iaitu Choc Moist Cake dan mangga manis. Sebelum tu saya beri jagung yang baru dipetik dari ladang dengan Dania tu. Tu agaknya ni balasannya.
Choc Moist ni sedap la kek dia dan mangga ni manis betul. Sedap. Alhamdulilah. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Tu je lah rezeki berjiran kali ni....
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.