Hari jumaat Dania tak ada kelas tapi nak ke Fakulti juga untuk booking bilik untuk English assessment. Hubby ajak breakfast sekali. Kali ni saya bagi idea untuk try kat Sisik Sehijau Dedaun.
Kami menggunakan google map untuk ke sini. Actually dulu dah pernah makan kat sini iaitu Goat2Go Farm. Nama je farm tapi tempat makan. Rupa-rupanya dah jadi Sisik Sehijau Dedaun pulak. Pembukaan rasminya pada 18 Disember 2025. Baru lagi la ni.
Luas sangat dalam ni jadi kita boleh makan dengan selesa.
Ada bihun goreng, kuetiau goreng, nasi goreng dan mi goreng.
Ini tak silap lepat pisang kalau ikut tanda nama yang digantung kat atas. Bentuknya tiga segi berbanding memanjang.
Belum hari raya pun dah ada ketupat daun palas.
Ubi rebus. Memang ngam kalau minum dengan kopi.
Stesen nak ambik makanan.
Belah kanan ni tempat mereka memasak.
Design bangunan sini berbentuk bulat.
Dania dah ambik awal-awal nasi dagang. Dania memang peminat nasi dagang dan umminya bukan peminat nasi dagang ni. Nak kena kahwin dengan orang Terengganu ke ni biar ibu mertua menghidangkan nasi dagang. Hehe.
Makanan dan minuman yang kami pilih.
Bihun sup ayam. Ngam kalau makan dengan cili kicap. Pagi-pagi ni cili kicapnya sederhana la saya makan. Takut perut kita terkejut kalau makan banyak-banyak. Suka kuahnya yang agak plain tak banyak rempah ratus.
Nasi dagang dengan lauk ikan pilihan Dania.
Hubby pilih nasi kerabu. Cantik pulak pinggan nasi kerabu ni sebab warna-warni.
Ni lah speciality kat sini. Kopi dari 3 negeri iaitu Perak, Kedah dan Johor. Didatangkan dengan biskut kering. Kopi negeri Perak ni lebih nipis rasanya. Cawan kuning tu kopi Perak. Saya yang bukan minum kopi ni nak rasa la kopi negeri Perak ni sebab nak ingat balik nostalgia minum kopi yang Pah saya buat. Time tu pun dihidangkan dengan biskut kering ni.
Nak ambil makanan pun tenang-tenang je sebab walaupun ramai tapi servis cepat juga.
Teringin nak makan apa?.
Lemak goreng.
Ayam tu nampak juicy nya.
Station kopi. Kopi akan dimasukkan dalam cawan mengikut negeri ya.
Sisik Sehijau Dedaun ni bersebelahan dengan G2G Animal Garden.
Sisik Sehijau Dedaun :
Jalan MAEPS 4/3,
43400 Serdang,
Selangor
Dibuka jam 7.45 pagi - 4.30 petang. (Tutup hari Selasa).
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.