Niat di hati hanya nak hantar Dania ke kelas kat Fakulti Pertanian. Sekali nampak khemah biru didirikan kat ladang....terus tengok facebook Fakulti...Ye lah ada jual jagung la.
Plan sebelum Dania habis kelas, saya pergi petik dulu kemudian baru pick up Dania tapi akhirnya kelas Dania habis awal...jadi Dania kena la petik bersama-sama saya. Hehe.
Macam mana nak tahu jagung dah boleh tuai atau belum?.
Selain jagung ada juga jual air tebu. Saya rasa ada tanaman tebu juga kat ladang Fakulti Pertanian.
Sebenarnya saya tak nak libatkan sangat Dania sebab Dania tengah berpuasa ni. Tapi tulah....anak yang baik ni tak banyak songeh....memang dia mengikut je saya. Cuma....saya pilih banyak kat bakul jagung ni dan sikit je saya dan Dania petik kat pokok. Kena consider anak yang sedang berpuasa juga kan...
Saya nak beli 30 tongkol. Kebetulan ada perjumpaan makan-makan keluarga jadi saya nak bagi adik- beradik saya la selain untuk diri sendiri.
Kami pergi barisan hadapan pokok jagung je. Masa ni jam 12 tengahari ya. Pakai topi ok la cuma jangan berjemur lama sangat.
Tinggi pokok jagung macam pokok Kenaf je. Tak dapat bergambar dengan pokok Kenaf setinggi ini kita bergambar dengan pokok jagung je la. Hehe
Ha...ni boleh diambil dah ni sebab rambut dia kering dah tapi nak cari buah yang gemuk sikit.
Hello Hello....ni gaya model ni....boleh la jugak...😅
Ummi dia pun tak nak kalah....Hehe
Tengah bergambar....ada pegawai mai tegur...puan ambik gambar banyak2 nanti boleh masuk dalam blog. Saya kata memang nak masuk dalam blog pun. Saya tahu puan ada blog. Ezna Khalili kan?. Errr mungkinkah topi saya ni ada nama Ezna tapi Khalili nya tak ada. Saya memang cam puan. Beliau kata beliau baca blog saya. Saya tanya namanya...rupanya person in charge aktiviti ini....Encik Nazrul. Dania kata ummi....ada orang tahu blog ummi la...jeng jeng.....
Langit cantik sangat warnanya kan?
Photoshoot di tengah panas. Dania baru habis kelas jadi kasutnya bertumit sikit.
Sekali tengok macam padi je tapi bukan....
Close up jagung....
Wefie berdua dengan anakanda....
Lagi....mom and daughter....
Video ni ada banyak kali take ya sebab Pegawai ni kata nampak tak ceria. Sabar je la....buat lagi please....
Beliau juga kata pernah nampak Dania kat Fakulti Pertanian student Masters ke PHD? 😳. Dania kata Degree. Dania memang ada ke Pejabat Fakulti. Macam-macam halnya sebab nak booking kelas lah, nak jumpa Pegawai lah…tukar program la....nak submit borang la....macam-macam hal.
Ada juga ambik video kami katanya untuk sosial media Fakulti Pertanian. Dania kata guna I Phone 17 tu ummi. Saya kata ambik video ni nanti Dekan....Prof Loh nampak eh student beliau la. Dekan memang ajar kelas Dania subjek Sains Babi (Swine Science) untuk semester ini. Saje je la cakap macam tu. Entah cam ke Dania tak tahulah kan.
Terima kasih Dania teman ummi, tolong petik jagung dan bawa beg plastik berat-berat tu ke kereta walaupun tengah berpuasa. Ummi doakan yang terbaik untuk Dania ya...Aamiin.
Ada rezeki kita panjang-panjangkan… bolehlah juga beraya di Ladang 15, Fakulti Pertanian sambil petik & posing.
XOXO,
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.