Pada 12 Oktober 2026 baru-baru ni, awal-awal lagi Dania ada presentation untuk subjek Feed Processing Technology. Saya ada minta Dania kirimkan whatsapp link Canva yang group Dania buat. Dania kalau buat assignment memang cepat ya. Dia akan habiskan masa 1 hari buat sampai selesai. Kalau tak selesai sambung lagi assignment tu. Nak dijadikan cerita, setakat 11 Oktober 2026, jam 8 malam lagi 2 orang ahli group masih tak buat lagi assignment ya 😔. Macam mana la Dania nak check atau buat penambahbaikan?. Bayangkan la. Dania ingatkan balik la dalam whatsapp kata esok ada presentation. Kalau boleh siapkan la. Seorang ahli group pelajar dari China. Dia ni kata Dania susah juga nak faham Bahasa Inggeris dan susah juga nak faham apa yang Prof nak sebenarnya....sebab masalah bahasa ni la.
Ok....pada 11 Oktober 2026 tu kami balik rumah dalam jam 9 lebih macam tu....sebelum tu kami makan kat luar....saya kan ada link Canva tu....saya check masa tu jam 11.10 malam ya....baru ada seorang ahli group adjust tulisan dan gambar kat Canva. Saya boleh nampak gambar dan tulisan tu dialihkan untuk part slide dia la. Baru tahu Canva ni kalau kita ada link boleh tengok orang buat Canva tu secara live. Dania time ni dah tidur dah. Part Dania dah selesai lama...gang lagi seorang tak tahu dia buat slide jam berapa. Kenapalah buat kerja last minute ni?.
Dania kata dia adjust slide yang kawan dia buat kat Canva beberapa jam sebelum presentation. Background kawan dia buat tu semua putih jadi Dania bagi sama la warna background tu brown untuk semua slide. Takkan depan2 slide warna brown dan belakang pula serba putih. Tak nampak kesamaan kat situ. Dania kena la bertindak make up kan slide sebab nanti markah presentation nanti markah group jadi seorang kena proaktif la.
Gambar bawah masa hari presentation. Pakai baju kurung butang mandarin.
Beg Dania ni penuh mak nenek Mofusand bergantungan. 😅. Bear comel nama 'Dania' tu dari Tanter Fanny.
Masa ni hujan jadi tak nampak pula dalam kamera phone ni.
Saya ada urusan kat luar jadi lepas hantar Dania saya tak balik rumah. Dania kata tengahari Dania makan sorang-sorang kat Fakulti. Kawan yang dia baik lagi 3 orang tak ada kelas jam 8-10 tu sebab ni elektif yang dipilih. Kawan-kawannya tak masuk kelas ni.
Ummi pun kesian sebab makan sorang-sorang nanti. Nak present pula. Jadi saya decide tapaukan Dania kat Secret Recipe. Nak tapau kat Presint Diplomatik, Putrajaya. Kat sini banyak sangat kedai dan parking selalu penuh. Mau saya pusing 5 kali kot baru dapat parking. Itu pun jauh...kena menapak ke Secret Recipe.
Masa ni sebelum jam 12 jadi seleksi promosi ni tak ada.
Prawn Macaroni and Cheese untuk Dania.
Ada pula tambahan kek lobak merah (Carrot cake).
Masa ni Dania pick up makanan yang ummi tapau. Dania lepak surau dulu sementara tunggu ummi. Lepas tu ummi hug sebab nak bagi pelukan semangat sebab Dania presenter yang pertama dan group pertama yang akan present untuk presentation yang pertama untuk kelas Feed Processing Technology ni.
On the way nak ke rumah, ada road block pulak. Rajin polis sini buat road block. Patut saya nampak ada motor melawan arus. Rupanya entah-entah tak ada lesen....
Gambar diambil ketika kereta semua berhenti lama ya. Bukan masa kereta saya bergerak. Kena letak sini bagi tahu. 1 lane je dibuka.
Ok saya nak cerita ni...ada terdengar seorang ibu suruh anak buat sesuatu....kemudian ibu ni kata Kau ni bodoh ke apa?. Ya....sebut perkataan 'Kau' dan 'Bodoh'. Kemudian ada seorang anak kata 'Kau yang bodoh'. Ini tak sure ditujukan buat ibu tersebut atau adik-beradiknya yang ibu tu gelarkan 'bodoh'. Kemudian budak tu terdengar menghempaskan pintu. Terdetik di hati saya...hmmmm patut la anaknya marah. Dikatanya bodoh. Ingat kalau nak suruh anak buat sesuatu...dikata bodoh...anak tu nak buat ke?.
Mungkin sebab family saya tidak membahasakan 'kau' tapi kadang mama dan papa saya membahasakan saya ni 'kamu'. Mungkin background kita lain. Ada je kau yang bunyinya +ve seperti "Kau ni betullah anak bertuah"....bahasa -ve pula "Kau ni betullah anak tak guna"....Penggunaan kau ni pun ikut situasi dan intonasi. Kalau 'Kau apa khabar?' Elok je bunyinya sebab menggunakan ayat yang positif.
Patut la anaknya macam tak faham bila ditegur. Macam ni agaknya didikan ibu bapanya. Suka menghempas pintu tu yang saya agak hmmm.....memang saya tak suka (bukan sesekali ya selalu, selalu & selalu....). Kalau nak tutup grill pintu tu....dihempasnya. Boleh bayangkan tak gegaran dan bunyi kuat tu?. Anak bertuah sungguh la ya....
Ibu tu tak tahu ke yang kata-kata seorang ibu itu juga doa?. Itu yang didengar...yang tak dengar entah berapa banyak bodoh lagi agaknya. Dia nak agaknya anak dia betul-betul bodoh?. Kalau kata ibunya bodoh marah pulak sebab dia sendiri yang doakan anaknya 'bodoh'. Itu yang kalau marah sekalipun jaga percakapan tu. Tukarkan instead of bodoh tu bertuah ke....atau apa-apa yang positif la. Kita nak anak kita cemerlang kan....doakan bodoh anak tu mana nak cemerlangnya?....Kalau tak cemerlang dalam pelajarannya....mungkin akhlaknya cemerlang.
Betul, anak adalah cerminan ibu bapa… kerana sahsiah, tingkah laku, emosi anak, adab terbentuk daripada pemerhatian, teladan dan didikan yang mereka lihat di rumah. Kesedaran sivik dan pembentukan sahsiah diri bermula sejak anak tu kecil. Ibu dan ayah ialah guru pertama yang mencorak disiplin dan nilai murni anak-anak. Tengok Syed Saddiq dan tengok ibu dan ayahnya....eh...ke Syed Saddiq pula....tapi ni contoh yang orang boleh nampak kan sebab public figure.
Kalau dah mula membebel, terpanjang pula.
Bila ambik Dania balik, dalam kereta Dania cakap Dania tinggalkan sikit kek carrot sebab kek favourite ummi. Arghhh cair pulak ummi dengar ya. Teringat kat ummi jugak rupanya. Jadi makan je la sikit. Selebihnya Dania yang habiskan sebab saya ada tapau juga satu slice kek carrot ni kat SR.
Moga yang baik dijadikan teladan, yang tak baik dijadikan sempadan…
XOXO,
Ezna







Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.