Breakfast, main air laut dan kolam & jumpa selebriti | Pahang

Pagi ni kami decide nak breakfast kat hotel jadi booking siap-siap malam sebelum tu. Harganya RM70/pax. Kalau walk in je harga jadi mahal sikit iatu dalam RM80++. 

Ni ambik gambar kat tempat kami makan yang berkonsep terbuka. Mengadap kolam renang. Meja hujung sekali mengadap laut semua orang dah duduk dah. 


Nak ambik air panas ada disediakan juga. 


Hujung sekali tu seleksi telur. 


Jus pun ada beberapa jenis. 


Nak waffle, nak pancake ke bijirin?


    Cucur, popia....


Dalam ni kalau sesiapa yang nak minum jus. 


Nasi kerabu pun ada.


Saya ambil bihun favourite saya dengan sup. Dalam ni pun saya masukkan urat. Sedap la pulak. Rare juga ada sediakan urat. 


Chef akan masakkan aneka mi yang kita pilih. 


Bahan-bahan untuk mi. 


Pagi-pagi lagi Dania dah ambik ice cream. Ini yang Dania makan dulu 😅


Ambik video burung bersihkan badan kat ranting pokok bunga kemboja. Betul-betul sebelah meja kami makan je pokok ni. 


Saya pilih seat depan Dania supaya boleh nampak view laut. Makanan kat sini memang banyak sangat. Tak tahu nak makan yang mana dulu. Berbaloi la dengan harganya. 


Air terjun ni berdekatan dengan tangga. 


Balik bilik, siap-siap bertukar uniform. Dania dia nak rehat-rehat je tepi pantai. Hubby mulanya tak nak bertukar kepada baju mandi.....tetapi eh eh bila turun pantai pakai baju mandi pulak. 


Setakat main air kat tepi je. Jangan berani-berani ke tengah ya. 


Dania setakat main air je. 


Dania merenung air laut yang sesekali ombaknya datang bergulung-gulung. 


Ummi dan Dania. 


Berpindah pula mandi kat kolam. Masa ni main bola dengan budak ni. 


Pakai bunga kemboja yang gugur tepi kolam. 


Saya sangkut kat belakang hubby. Kolam sebelah hubby ni dalam. Tak berani saya eh. 


Balik mandi laut dan kolam, masuk bilik dalam 11.30 pagi. Mandi siap2 semua orang dan check out. 
Macam kena je warna tulisan happy birthday dengan tudung Dania. 



Ni baru nampak clear sikit apa yang ditulis. Belah kiri tu macam obor-obor pakai party hat. 


Kat lobi, ternampak Amin Idris pula. Hubby sebelum ni masa turun dari bilik ternampak kelibat Amin Idris makan dengan isteri kat tempat yang kami makan tadi. 

So ya....tak sangka jumpa bila masing-masing menunggu kereta nak masukkan barang. Masa ni hubby tengah ambik kereta. Dania bila ternampak je Amin idris dia dah tahu dah jadi dia jauh2 sebab nanti ummi panggil suruh ambik gambar dengan Amin Idris. 

Masa tu saya tanya ahli keluarga Amin ni...ni Bro Amin kan? Bro Amin berpaling ke saya dan saya minta izin nak ambik gambar. Saya tak kira.....saya panggil nama Dania. Bro Amin kata oh ni Dania bila Dania berdiri sebelahnya. 


Uniknya Amin Idris ni banyak mix. Bapanya berketurunan India dan Iban, Ibunya pula ada darah Siam, Cina dan Filipina. 

Selalu menjadi pengacara program keagamaan, penceramah bebas dan penulis buku. Cam tak?. Beliau juga sangat minat Iron Man dan menyimpan koleksinya di rumah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa.


Penutup cuti-cuti di Kuantan ni boleh terjumpa selebriti pula. 

Jadi...Hyatt Regency Kuantan ni ok ke tak?


1. View menarik sebab tepi laut.
2. Pelayanan daripada team hotel sangat baik.
3. Bilik selesa.
4. Aircond sejuk. 
5. Boleh jalan kaki je ke kedai makanan berdekatan di Teluk Cempedak. 
6. Parking percuma untuk pelanggan hotel. 
7. Bath gel dalam bilik air wangi sangat. Jenama Pharmacopia yang ada argan oil. Bila google...Made in Canada. 
8. Ada payung disediakan di lobi bila hari hujan. Kita boleh pinjam. 
9. Sarapan pagi yang banyak pilihan. 
10. Boleh request kalau ada special event.

Tak bestnya....hari kedua kami menginap kat sini, housekeeping dah ketuk pintu nak kemas bilik jam 8-9 pagi. Awalnya....tapi sikit sangat yang tak bestnya. 
  
Jadi,...boleh menginap lagi ke Hyatt Regency, Kuantan lain kali...kami akan menginap kat sini lagi kalau jalan-jalan Kuantan. 




XOXO,
Ezna












 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.