Menu iftar 20 - 25 Ramadan

Hidangannya saya masak lagi lala masak bercili. Ada juga lauk leftovers daging juga. 


Buat cucur roti sebab dapat 1 roti jumbo dari surau. Katering yang buat kat surau bagi roti ni. Balance buat cucur roti la. Bahan-bahan sama je macam cucur biasa tu, ada tepung gandum, garam sedikit, cili merah, roti, cili api nak bagi pedas sedikit, bawang merah dan daun bawang. Bila goreng tu keluar pula bau roti tu. Nak buat puding roti, 2 kali dah buat. 


Hidangan 21 Ramadan ni makan ayam gepuk top global pulak. 


Pilih sambal yang paling tak pedas errrr tapi pedas jugak. Tak boleh lari la dari pedas tu. 


Dapat pulak pisang kat surau. Hubby masa bulan puasa ni bertugas mengemaskan surau jadi kadang-kadang bawa balik la rezeki lebih ni. 


Khamis pula hidangannya....sambal tumis ikan bilis petai, sambal tumis ikan bilis, sayur kucai tumis dan lauk dari surau talang ikan masin masak kari. 


Hubby ada beli karipap pusing juga. 


Jumaat kami makan nasi butter, ayam bakar dan daun salad. Post di sini

Hubby bawak cekodok pisang ni ke surau. Pisang yang kami dapat dari surau tu buat cekodok pisang. Dia agak lembik sikit sebab terlebih pisang. Tepung saya masukkan kurang pulak. Tapi, hubby kata masa pergi balik surau memang habis la cekodok ni. Hubby bawa panas-panas ke surau. 


Hari sabtu, hubby suruh buat nasi goreng ayam bakar. Jumaat kan kami makan ayam bakar tempah dari UPM tu kan....jadi sabtu buatkan dia jadi nasi goreng pulak. Campur sekali dengan telur, cili api, cili merah dan pak choy. Ayam bakarnya 1 ekor ayam jadi memang ada lebih la untuk famili kecik kami ni. Saya masukkan sekali dengan tulang sebab saya suka meratah tulang tu. Nasi goreng ayam bakar ni kami makan dengan daun salad. 


Ahad pula buat sotong celup tepung yang dicampur sekali dengan garam, lada putih, serbuk cili, tepung bestari dan tepung jagung. Tepung jagung sikit je. Sedap la....lagi sedap kalau makan panas-panas lepas goreng. Dania kata tak boleh stop makan la ummi. Ye lah....sedap la tu. Ada juga ikan goreng dengan sambal. Nak makan baru letak sambal atas ikan. Saya guna cili merah tak guna cili paste tu yang warnanya bukan merah sangat. 


Simple sangat la masakan saya ni pun. Masak biasa je yang selalu saya masak.

Soalan biasa ditanya kat diri sendiri...nak masak apa untuk berbuka hari ini? 




XOXO,
Ezna
 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. saya pun biasa pilih sambal paling tak pedas bila makan nasi ayam gepuk. tapi selalu rasa nak terbakar. problem bila lidah terlalu manja ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.