Hubby ada ambik 3 kuntum bunga kantan yang mekar kat luar rumah. Selalunya jarang saya masak berasaskan bunga kantan ni. Bila dah ada 3 kuntum saya jadikan....
Sambal bunga kantan dengan ikan bilis. Bila hubby makan dia kata macam sedap juga bunga kantan masak macam ni. Nampaknya bertambah sambal ni.
Resipi :
1. Bunga kantan (3 kuntum) hiris nipis
2. Ikan bilis segenggam
3. Cili merah (kisar)
4. Bawang besar 1/2 biji (kisar)
5. Bawang putih (kisar)
6. Cili api saya letak 7 biji (kisar)
7. Cili merah 2 biji (kisar)
8. Garam secukup rasa
Cara-cara :
Gorengkan ikan bilis, agak-agak dekat nak garing masukkan bunga kantan. Kemudian masukkan semua bahan kisar tadi. Kacau rata dan perasakan dengan garam kemudian, boleh la diangkat. Disebabkan bau dari bunga kantan ni yang wangi...bila makan dengan nasi panas ni memang ngam la.
Saya masak juga protin....iaitu sup ayam.
Dah itu je lah lauknya....simple sangat dalam tak tau nak masak apa tu. 😅
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.